Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Warga FELDA Nikmati, Syukuri Komitmen Berterusan Kerajaan Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 8:22PM

Ismail Sabri menggaul masakan daging lempap ketika hadir ke Kenduri Sekampung Keluarga Malaysia di Felda Palong, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang giat membantu peneroka FELDA, terutama generasi kedua untuk melonjakkan kehidupan mereka, cukup dinikmati, dihargai dan disyukuri golongan berkenaan.

Usaha dilaksanakan beliau sejak menceburi politik sehingga memegang tampuk kempimpinan negara untuk membela nasib mereka bukan sedikit, malah menjadi inisiatif berterusan.

Ia diakui beberapa generasi kedua FELDA di Pahang, Kedah dan Johor yang ditemui Getaran apabila rata-rata menyambut baik bantuan diberikan kerajaan, termasuk peruntukan RM65 juta bagi pelaksanaan lapan inisiatif, merangkumi perumahan, peningkatan pendapatan serta dana perniagaan.

Mohd Johari Abd Khalid
Mohd Johari Abd Khalid

Menurut seorang generasi kedua dari Felda Rentam, Pahang, Mohd Johari Abd Khalid, 39, kepimpinan Ismail Sabri sememangnya berkonsepkan ‘mesra rakyat’ bersama masyarakat FELDA sejak dahulu, iaitu dari Ahli Parlimen sehingga bergelar Perdana Menteri kini.

Selain memfokuskan dasar dan bantuan, jelasnya, Ismail Sabri kerap turun padang di tanah rancangan berkenaan, sekali gus menyerlahkan lagi komitmen dan keprihatinannya terhadap kebajikan warga FELDA.

Mohd Johari memberitahu, inisiatif perumahan murah khusus untuk golongan itu yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini, dengan membabitkan tawaran 1,000 unit kediaman bernilai RM42,000 sebuah, menerima sambutan menggalakkan daripada mereka.

“Ismail Sabri ini memang orangnya ‘simple’ (ringkas), mudah berurusan dan senang didekati masyarakat. Beliau tiada jurang dengan rakyat.

“Pembangunan kampung pun memang satu daripada fokusnya, ada banyak juga projek diluluskan, seperti tanah rancangan khas termasuk FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah), FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk penduduk kampung. Jadi bantuan banyak diberikan. Kita merasai dan menghargainya,” katanya.

Ismail Sabri beramah mesra dengan masyarakat setempat ketika hadir pada program Kenduri Rakyat bersama komuniti Felda Sebertak, baru-baru ini. - Gambar Bernama
Ismail Sabri beramah mesra dengan masyarakat setempat ketika hadir pada program Kenduri Rakyat bersama komuniti Felda Sebertak, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Julai lalu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan hampir RM65 juta itu yang mengandungi beberapa usaha, termasuk Program Pembangunan Peneroka (PPP) yang membolehkan 56,699 peneroka, menikmati tambahan pendapatan dengan purata RM250 hingga RM500 sebulan.

Peruntukan itu juga membabitkan RM20 juta Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran bagi pembiayaan pembinaan rumah lot.

Mohd Johari menambah, rata-rata golongan peneroka FELDA dan generasi keduanya berpuas hati dengan usaha dilaksanakan Perdana Menteri dalam menjaga kebajikan mereka, termasuk sikap proaktif beliau membantu golongan memerlukan.

“Ismail Sabri ini, memang tiada alasan dan isu pelik-pelik. Kalau dari segi bantuan tiada masalah, misalnya jika berlaku banjir, bencana, rumah terbakar atau apa-apa situasi sekali pun, beliau amat cepat tampil membantu meringankan beban kita.

“Walaupun dengan status Perdana Menteri, beliau tidak meninggi diri dan masih seperti biasa. Tanpa protokol, orang kampung nak jumpa bercakap pun Ismail Sabri mendengar. Jadi, orang muda dan tua memang suka beliau,” katanya.

Bagi generasi kedua dari Felda Lubuk Merbau, Kedah, Mohd Marbawi Hussin, 45, bantuan kerajaan seumpama itu sememangnya bagus dan ia amat dialu-alukan.

Jelasnya, isu utama dalam kalangan peneroka FELDA dan generasi keduanya adalah pendapatan, justeru jika ada inisiatif penambahan pendapatan diwujudkan, ia perkara yang positif.

“Penduduk di Lubuk Merbau ini sememangnya mewarisi dan tolong mengurus tanah pusaka daripada tanah generasi pertama. Kalau diikutkan memang tidak cukup kerana dalam satu keluarga itu, mungkin ada lima orang dan yang menguruskan seorang.

“Jadi kalau pendapatan itu RM1,000 kena bahagi lima kan? Selain itu, kalau rancangan rumah generasi kedua itu dilaksanakan, ia memang dialu-alukan,” katanya.

Namun, beliau mengesyorkan pihak berwajib mencari mekanisme untuk memastikan pihak peneroka atau generasi kedua, mampu membayar balik pinjaman perumahan berkenaan.

Pada masa sama, Mohd Marbawi menjelaskan, sememangnya Ismail Sabri dilihat rapat dengan warga FELDA dan sebagai seorang anak penoreh getah, pemimpin itu memahami kepayahan dilalui golongan peneroka.

“Sebab kita tengok ini di Pahang, ada gugusan Bera, bila dia orang susah, sekurang-kurangnya beliau faham apa pernah dirasa dan tahu apa orang rasa.

“Beliau tidak macam orang sudah kaya. Orang kaya ini, walaupun cuba dalami, tetapi dia tidak dapat berbuat begitu,” katanya.

Anuar Manap - Gambar dari Instagram
Anuar Manap - Gambar dari Instagram

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) Pemanis, Anuar Manap yang juga seorang generasi kedua di FELDA Pemanis, Johor bersetuju bahawa kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, banyak membantu warga tanah rancangan berkenaan.

Beliau turut menyenaraikan beberapa inisiatif baik yang diketengahkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri, termasuk peruntukan khas bagi kesemua 317 rancangan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21 juta.

“Ini dilakukan untuk pembangunan kawasan FELDA. Dalam pada itu, kerajaan juga memperuntukan RM10 juta bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada usahawan dalam kalangan generasi baharu FELDA.

“Pinjaman tanpa faedah ini diberikan dengan nilai minimum RM5,000 hingga maksimum RM20,000 mengikut pakej. Di mana usahawan belia FELDA dari seluruh negara yang berminat boleh mula membuat permohonan bermula Ogos 2022,” katanya.

Beliau memberitahu, kerajaan turut memperuntukkan dana pengurusan sebanyak RM6.1 juta bagi mengambil alih pengurusan pusat mengumpul getah (PMG) daripada FGV Rubber Industries Sdn Bhd.

Usaha itu jelas Anuar, bagi mengurangkan kos operasi kilang sebanyak 23 sen bagi setiap kilogram getah kering dengan tambahan sebanyak lima sen apabila mencapai sasaran bulanan.

Keseluruhan pengurangan sebanyak 28 sen tersebut katanya, akan memberikan tambahan pendapatan RM11.2 juta bagi 10,707 peneroka tanaman getah.

“Warga FELDA kini kembali memberikan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN), apatah lagi setelah pengerusi lembaga itu yang kita tahu orang UMNO-BN, melakukan beberapa perubahan perancangan setelah dilantik dulu.

“Ini termasuklah melengkapkan pelupusan sehingga 70 peratus hutang peneroka pada tahun lepas,” katanya.

Dr Mazlan Ali
Dr Mazlan Ali

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, Perdana Menteri sememangnya memberi banyak tumpuan kepada peneroka FELDA kerana beliau sendiri mewakili Bera yang memiliki beberapa kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau percaya, lebih banyak agenda berkait dengan FELDA akan terus diperkasa kerajaan Ismail Sabri pada masa depan.

“Ismail Sabri juga berlatar belakangkan keluarga yang juga berasal keluarga dari luar bandar. Sejak beliau menjadi Perdana Menteri, banyak agenda berkait dengan peneroka FELDA yang dilaksanakan.

“Antaranya masalah generasi kedua baharu di FELDA perlu dibantu kerajaan, antaranya peluang mendirikan rumah. Sekarang ada kerajaan menyediakan dana pembiayaan jaminan kerajaan di mana orang yang hendak buat pinjaman untuk buat rumah mereka, tidak perlu ada cagaran,” katanya.

Penduduk Felda tidak melepaskan peluang bergambar bersama Perdana Menteri yang juga Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Bera ketika beliau hadir Program Moh Ngeteh bersama Penduduk Felda Purun. - Gambar Bernama
Penduduk Felda tidak melepaskan peluang bergambar bersama Perdana Menteri yang juga Calon Barisan Nasional bagi Parlimen Bera ketika beliau hadir Program Moh Ngeteh bersama Penduduk Felda Purun. - Gambar Bernama

Menurutnya, kerajaan turut memberi bantuan kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan melalui tabung tertentu, memandangkan peneroka baharu memerlukan modal untuk berniaga.

“Kemudian isu melingkari peneroka FELDA seperti penanaman pohon, bantuan berkait baja dan isu berkait buah kelapa sawit dan sebagainya, memang dalam perhatian kerajaan. Banyak insentif diberi berupa peruntukan bertujuan menambah pendapatan peneroka.

“Selain itu, bantuan juga berkait pembangunan infrastruktur di tanah rancangan FELDA dalam perhatian kerajaan. Kerajaan mengeluarkan bajet besar untuk infrastruktur,” ujarnya.

Bukan setakat itu, beliau berkata, soal pendidikan anak FELDA turut diberi tumpuan kerajaan dengan usaha mengangkat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menjadi  Ulul Albab, bertujuan memberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat asrama penuh.

Jelasnya, langkah berkenaan mampu melahirkan generasi baharu FELDA yang terbaik, profesional dan kumpulan pakar dalam kalangan anak tanah rancangan tersebut.

“Sebenarnya kerajaan memang banyak memberi perhatian. Barisan Nasional (BN) menjadikan FELDA sebagai agendanya, selain menjadi tulang belakang komuniti melayu yang banyak menyumbang kepada negara sebenarnya,” tambah beliau. - Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 11 bulan yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 11 bulan yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 11 bulan yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

2

Pelaksanaan Hukuman Sebat Di Khalayak Di Bawah Bidang Kuasa Negeri - Mohd Na'im

3

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

4

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

5

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

6

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

7

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Palestin Rakam Terima Kasih Kepada Kepimpinan, Rakyat Malaysia

Sukan 16 jam yang lalu

Kemunculan Momota Di Gelanggang Pastinya Dirindui – Pemain Badminton Dunia

Semasa 1 hari yang lalu

Putera Mahkota Arab Saudi Berhasrat Adakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia Akhir Tahun Ini - PM

Semasa 1 hari yang lalu

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC