web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


36,000 Warga Emas, OKU Bakal Terima Suntikan Vaksin Fasa Kedua

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 3:18PM

Gambar sekadar hiasan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seramai 36,000 warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) akan menerima vaksin pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata seramai 25,000 penerima terdiri daripada warga emas manakala selebihnya adalah golongan OKU.

“Kita juga akan sentiasa mempergiatkan usaha untuk mendaftar vaksin untuk golongan sasar ini (warga emas dan OKU) menerusi beberapa program kerana ada antara mereka yang kurang pengetahuan untuk mendaftar,” katanya yang juga Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Malaysia ketika ditemui di Program Dapur Rakyat Prihatin Bersama Wanita PN Selangor, di sini hari ini.

Rina berkata walaupun pihak kementerian giat menjalankan pendaftaran golongan sasar bawah kendaliannya bagi penerimaan vaksin, namun mereka perlu mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera terlebih dahulu.

Katanya dalam masa sama pihaknya akan mengambil data individu yang bersetuju untuk didaftarkan sebagai penerima vaksin dan seterusnya akan diserahkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Terdahulu Rina turut menyerahkan bantuan bakul makanan terdiri bantuan barangan keperluan harian kepada 1,000 penduduk golongan B40 khususnya yang terjejas dengan pandemik COVID-19 di sekitar Parlimen Kapar.

Rina dalam ucapan perasmian majlis berkenaan berkata PN akan berterusan melaksanakan aktiviti seumpama ini bagi menjaga kebajikan rakyat khususnya dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 dan melaksanakan agenda menjaga kepentingan rakyat.

“Terima kasih Wanita PN Selangor yang menjadi tunjang kejayaan program ini. Moga program sebegini dapat dipanjang dan dijayakan ke daerah lain, Insya-Allah,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari dan ADUN Sementa Dr Daroyah Alwi. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad