web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha PM Martabat Bahasa Melayu Lakar Sejarah Bermakna, Lonjak Imej Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2022 9:16PM

Ismail Sabri mencipta sejarah sebagai pemimpin utama pertama Malaysia, berucap menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya pada perhimpunan PBB. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memartabatkan bahasa Melayu di persada antarabangsa, membezakan beliau dengan pemimpin lain, sekali gus memberi nilai tambah dalam melonjakkan imej negara di mata dunia.

Beberapa ahli akademik yang dihubungi Getaran memberitahu, langkah pemimpin tersebut menggunakan bahasa Melayu ketika berucap pada acara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut dilihat sebagai inisiatif terpuji.

Menurut mereka, langkah itu meningkatkan keyakinan dan semangat rakyat Malaysia untuk menggalakkan peranan bahasa tersebut di peringkat negara serta antarabangsa.

Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, langkah Perdana Menteri berucap sempena acara global itu dalam bahasa ibunda, sememangnya cukup baik.

Dr Awang Sariyan
Dr Awang Sariyan

Menurutnya, ia kerana sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan menjadi anggota PBB, ini adalah kali pertama pemimpin utama negara berucap dalam bahasa kebangsaan di Perhimpunan Agung PBB.

“Langkah Perdana Menteri itu sangat bererti dalam membina kesinambungan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa dunia pada zaman Kesultanan Melayu selama ratusan tahun pada sekitar abad Ke-15, hingga Abad ke-19.

“Ketika itu Bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan antarabangsa dan bahasa diplomasi.

“Semua surat dan perjanjian dengan kerajaan asing seperti Belanda, Portugal dan Inggeris ditulis dalam bahasa Melayu, bahkan bertulisan Jawi.

“Sarjana Belanda seperti Van Linschoten dan Francois Valentyn menyamakan taraf bahasa Melayu di wilayah alam Melayu sama dengan taraf bahasa Latin serta Perancis di Eropah,” katanya.

Langkah Ismail Sabri itu sangat bererti dalam membina kesinambungan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa dunia pada zaman Kesultanan Melayu. - Gambar fail Bernama
Langkah Ismail Sabri itu sangat bererti dalam membina kesinambungan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa dunia pada zaman Kesultanan Melayu. - Gambar fail Bernama

Perdana Menteri sebelum ini mencipta sejarah sebagai pemimpin utama pertama Malaysia, berucap menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu di New York, Amerika Syarikat.

Awang menambah, pastinya usaha berkenaan perlu diteruskan dalam semua acara antarabangsa supaya tidak ‘hangat-hangat tahi ayam’ atau timbul dakwaan langkah itu hanya gimik politik.

Tambahnya, apa paling penting, Ismail Sabri melancarkan Kerangka Dasar Luar Negara pasca pandemik dan Diplomasi Budaya yang menjadi satu daripada dasar penting kerangka itu.

“Dalam diplomasi budaya, satu daripada aspek penting adalah pengantarabangsaan bahasa Melayu,” katanya.

Sementara itu, Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, tindakan Ismail Sabri selaras dengan aspirasi negara dan perlu diteladani pemimpin lain, termasuk Jemaah Kabinetnya sendiri.

Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong
Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong

Beliau berpendapat, usaha dilaksanakan Ismail Sabri itu melakar sejarah ‘indah’ dan signifikan kepada negara.

Namun, tambahnya, komitmen seumpama itu tidak boleh bersifat sekali sahaja atau ‘one-off’, sebaliknya diteruskan sesiapa yang akan menjadi Perdana Menteri secara berterusan.

“Ini kerana ini adalah satu aspirasi negara, maknanya ia identiti negara dan rakyat kita,” katanya.

Kok Seong turut melahirkan kebimbangan sekiranya momentum dimulakan Perdana Menteri itu, tidak diteruskan kepimpinan seterusnya pada masa depan.

“Tetapi saya tidak boleh berpuas hati kerana saya bimbang kalau kita ada pertukaran Perdana Menteri ke-10 orang lain, beliau tidak menyambung aspirasi nasional.

“Jadi penggunaan bahasa kita di persada antarabangsa. Itu lebih merupakan aspirasi nasional.

“Saya cukup bimbang kalau Perdana Menteri lain nanti, walau Melayu, tetapi beliau tidak meneruskan aspirasi nasional. Kemungkinan itu ada,” katanya. - Getaran, 9 November 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran