web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Sistem: Tren Stesen Kelana Jaya Ke Ampang Park Dihenti Awal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 9:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren di antara Stesen Kelana Jaya hingga ke Stesen Ampang Park ditutup sehingga waktu operasi tamat pada jam 12 tengah malam ini.

Rapid Rail Sdn Bhd (RapidKL) memaklumkan, perkhidmatan bas perantara percuma akan dilanjut sehingga jam 12.30 tengah malam.

“Perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling di Stesen Masjid Jamek dan transit aliran massa (MRT) Laluan Kajang di Stesen Pasar Seni, dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam (ini),” katanya menerusi kenyataan.

Penutupan waktu perkhidmatan itu dipercayai susulan gangguan dialami LRT Laluan Kelana Jaya semalam dan hari ini.

Terdahulu, hanya dalam beberapa jam selepas RapidKL memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya kendaliannya pulih awal pagi tadi, masalah sama berulang petang ini.

Kenyataan dikeluarkan RapidKL semalam itu memaklumkan, perkhidmatan LRT laluan terbabit yang tergendala pada jam 8.39 malam, mengalami masalah sistem pemanduan automatik, sehingga menyebabkan gangguan perjalanan di antara Stesen Kelana Jaya dan Stesen KLCC. - Getaran, 8 November 2022

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad