Berita Terkini

3 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mohamad Nafi BN Belanja Besar Berkempen: ‘Itu Bantuan, Bukan Wang Sendiri’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 9:16PM

Mohamad beramah mesra dengan pengunjung Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SENAWANG - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan menyangkal dakwaan bahawa gabungan itu berbelanja sehingga melebihi had ditetapkan undang-undang untuk bahan kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, tuduhan dibuat Pakatan Harapan (PH) bahawa BN mengeluarkan kos melebihi RM200,000 bagi bahan kempen, seperti papan iklan dan bendera menunjukkan parti itu kehabisan modal untuk dijadikan sebagai serangan peribadi.

Menurutnya, segala poster calon serta kemeriahan bendera BN adalah hasil pertolongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat yang mahu memastikan kemenangannya di Parlimen Rembau.

Mohamad sempat minum bersama pengunjung di Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar. - Gambar oleh Azim Rahman
Mohamad sempat minum bersama pengunjung di Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar. - Gambar oleh Azim Rahman

“Ramai yang nak tolong saya pasang bendera, buat papan iklan serta beri air mineral. Saya ini perbelanjaan baru bayar duit makan budak (jentera BN) di bilik gerakan dan kerana itu, saya pelik perkara terbabit dijadikan isu sebab ia adalah bantuan bukan kewangan saya. Takkanlah saya nak menolak.

“(Tuduhan) menandakan mereka dah tiada isu lagi. Alhamdulillah, di dalam berkempen kali ini, bukan sahaja ramai sudi menolong dari segi gerak kerja jentera mahupun sukarelawan, namun kawan-kawan korporat yang datang menolong saya,” katanya kepada media ketika ditemui di Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO itu dilihat tidak menggunakan pendekatan provokasi dengan menyerang isu peribadi, tetapi memaklumkan kepada rakyat apakah tawaran terbaik BN, sekiranya berjaya mendominasi kerajaan pada PRU-15.

“Kita berkempen secara sihat dan cuba menyantuni seramai mungkin pengundi, di mana saya akan bercakap agar rakyat beri peluang kepada BN untuk menubuhkan kerajaan mantap dan stabil kerana Malaysia memerlukan perkara itu selepas PRU-15.

“Cukuplah kerosakan selama empat tahun di mana kita tak mahu negara berkeadaan seperti ini. Jadi, ayuh berkempen secara sihat dan kita minta orang yakin pada BN, kita tunjukkan dan bukannya dengan cara menjatuhkan maruah atau cuba mencari kesalahan orang, khusus untuk menghina peribadi pihak lawan,” katanya.

Ditanya sekiranya penyertaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada PRU-15 merugikan parti, Mohamad menegaskan perkara itu tidak benar sama sekali memandangkan pemimpin terbabit diadili mahkamah.

Tegasnya, tindakan pihak lawan membawa isu ‘kluster mahkamah’ dalam kempen pada PRU-15 jelas menunjukkan mereka sudah ketandusan modal dan isu.

“UMNO tidak rugi kerana beliau (Ahmad Zahid) belum didapati bersalah, namun jika dia dah dijatuhkan hukuman, kami (kepimpinan tertinggi UMNO) akan minta supaya beliau tidak bertanding, tetapi atas alasan apa untuk tidak dilakukan pada PRU-15.

“Kita tidak boleh menghukum seseorang itu, namun kalau mahkamah sudah menghukumnya, kalau menang pun, beliau terpaksa mengosongkan jawatan seperti didepani Datuk Seri Najib Razak.

“Kita tidak boleh lakukan kerana negara ini ada undang-undang dan kita perlu hormati perlembagaan yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, secara dasarnya, PH lebih banyak menggugurkan kes yang masih dalam perbicaraan membabitkan pemimpin parti berkenaan.

Jelasnya, perkara itu jelas terbukti apabila gabungan terbabit ketika menjadi kerajaan, menggugurkan kes Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, di samping pembebasan pemimpin yang terbukti menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Mohamad sempat beramah mesra dengan pengunjung Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar, walaupun keadaan hujan lebat. - Gambar oleh Azim Rahman
Mohamad sempat beramah mesra dengan pengunjung Pasar Malam Taman Tuanku Jaafar, walaupun keadaan hujan lebat. - Gambar oleh Azim Rahman

“Semasa BN tadbir, kita memenjarakan ramai kepimpinan besar parti walaupun kesalahannya sama dengan orang yang digugurkan kesnya semasa perbicaraan setelah PH menang PRU-14. Itu terbukti siapa yang salah gunakan proses undang-undang.

“Di zaman UMNO ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kita boleh lihat Najib masuk penjara dan Ahmad Zahid kes beliau masih berjalan lagi. Kita yakin selepas kempen nanti beliau kena menghadapi mahkamah semula,” katanya.

Justeru, beliau menyeru orang ramai agar tidak termakan dakyah palsu menerusi kempen lawan untuk mengelirukan dan mengaburi mata rakyat, khususnya terhadap orang Melayu.

“PH masa jadi kerajaan pun janji mereka tidak ditunaikan. Mereka terdesak sehingga tiada jalan lain dengan menggunakan isu peribadi bagi mencemarkan persepsi positif pemimpin UMNO.

“Kita harap akar umbi UMNO, khususnya jentera tidak tawar hati dan kini rakyat pun sudah bijak menilai, mereka tahu zaman PH 22 bulan, apa dilakukan. Jadi, jangan terkeliru kata UMNO menang nanti akan lepaskan pemimpin kita. Ia tidak semudah itu,” katanya. - Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 hari yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Jurutera Awam Dituduh Bersubahat, Babitkan Penipuan Pembayaran Hampir RM20,000

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 22 jam yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

Semasa 1 hari yang lalu

10 Anggota Dan Pegawai TLDM Maut, 2 Helikopter Bertembung Di Lumut

oleh Diyana Nawwar