Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pengundi Muda Masih Atas Pagar - Pemerhati Politik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 10:12AM

Kebanyakan pengundi muda ini masih ‘atas pagar’ dalam memilih calon masing-masing - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu bijak memainkan penjenamaan politik mereka untuk tampil lebih menarik kepada pengundi muda.

Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata kebanyakan pengundi muda ini masih ‘atas pagar’ dalam memilih calon masing-masing.

“Ada kemungkinan untuk mereka memilih tidak keluar mengundi, bagaimanapun, jika seseorang pemimpin yang mempunyai ‘jenamanya’ yang tersendiri yang boleh ‘dijual’ oleh parti dan karakter yang boleh diteladani, pengundi muda ini akan keluar untuk menyokong pemimpin tersebut.

“Ini adalah kerana ejen sosialisasi yang boleh mempengaruhi pengundi muda tersebut adalah pemimpin parti itu sendiri selain keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan, agensi kerajaan dan media,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, lebih 68,000 pengundi daripada lebih 1.2 juta pengundi berdaftar di Pulau Pinang sahaja adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 20 tahun.

Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, lebih 68,000 pengundi daripada lebih 1.2 juta pengundi berdaftar di Pulau Pinang sahaja adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 20 tahun - Gambah Hiasan
Mengikut statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, lebih 68,000 pengundi daripada lebih 1.2 juta pengundi berdaftar di Pulau Pinang sahaja adalah dalam lingkungan umur 18 hingga 20 tahun - Gambah Hiasan

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), wakil PH mendominasi kerusi Parlimen Pulau Pinang iaitu daripada keseluruhan 13 kerusi, DAP memenangi tujuh kerusi dan PKR empat manakala BN menerusi UMNO meraih dua kerusi.

Sementara itu, Kishan Deepak Buxani, 25, dari Batu Ferringhi, berharap calon yang bertanding dapat mengetengahkan isu pengangguran belia dalam kempen politik mereka kerana ia semakin menjadi kebimbangan dalam kalangan anak muda.

“Tidak ramai calon yang bercakap tentang perkara ini dan tiada hala tuju atau dasar bagaimana isu ini akan ditangani sekiranya mana-mana gabungan memenangi pilihan raya. Antara isu mendesak pengundi muda termasuk pekerjaan, gaji dan kos sara hidup,” katanya.

Kishan yang merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sains Politik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), berkata ramai rakan-rakannya tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman untuk mengundi tetapi berhadapan dengan dilema sama ada menggunakan wang untuk tambang perjalanan bagi mengundi atau menggunakan duit itu untuk perbelanjaan makanan bulan depan,” katanya.

Kishan dan tiga rakannya mengasaskan gerakan yang dipanggil #SiswaBalik untuk mendekati belia yang belajar di Sarawak dan mendapati bahawa 76.7 peratus responden berharap untuk pulang ke kawasan pilihan raya mereka tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana tambang perjalanan yang mahal.

Pelajar yang berasal dari Sarawak memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan undi pos bagi pelajar dan kerajaan disaran bekerjasama dengan syarikat pengangkutan untuk mendapatkan kadar tambang berpatutan untuk pelajar menempah pengangkutan masing-masing - Gambar Hiasan
Pelajar yang berasal dari Sarawak memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan undi pos bagi pelajar dan kerajaan disaran bekerjasama dengan syarikat pengangkutan untuk mendapatkan kadar tambang berpatutan untuk pelajar menempah pengangkutan masing-masing - Gambar Hiasan

“Apa yang lebih mengejutkan 49.7 peratus daripada mereka adalah pelajar yang berasal dari Sarawak, oleh itu kami memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan undi pos bagi pelajar dan kerajaan disaran bekerjasama dengan syarikat pengangkutan untuk mendapatkan kadar tambang berpatutan untuk pelajar menempah pengangkutan masing-masing,” ujarnya lagi.

Selain itu, seorang pelayan di sebuah kedai makan di Penanti, Muhammad Afiq Syazani, 21, berkata beliau mahu melihat calon PRU yang bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan kepada kehidupan masyarakat di kawasan itu.

Beliau juga berkata mahu memangkah calon yang boleh menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan yang bergaji lebih tinggi kepada penduduk di sini dan menaik taraf infrastruktur di kawasan perkampungan setaraf dengan kawasan bandar.

“Antara perkara yang boleh dilihat adalah dari segi infrastruktur jalan raya. Kebanyakan jalan di dalam kawasan kampung sempit dan sukar untuk diakses. Ini boleh menjadi masalah pada waktu puncak kerana ramai penduduk bekerja di kawasan luar.

“Tambahan pula, jika lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan, maka penduduk tidak perlu keluar jauh untuk mencari rezeki,” katanya.

SPR menetapkan hari pengundian pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

2

Semasa 2 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

3

Semasa 2 hari yang lalu

Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Kota Kinabalu Sabtu Ini

4

Semasa 3 hari yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Luar Negara 3 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Politik 22 jam yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Politik 14 jam yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi