web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Anggota ATM Tidak Boleh Berkempen - Zambrose

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 5:48PM

Zamrose Mohd Zain - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan supaya tidak terlibat secara langsung termasuk turun berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata penglibatan secara langsung dalam proses pilihan raya boleh dianggap sebagai melanggar peraturan yang ditetapkan terhadap anggota ATM.

"Diharapkan janganlah ada anggota kita yang turut bersama-sama memegang sepanduk parti politik dan terjerit di sana sini... itu tidak kena caranya dan kita tidak benarkan. 

"Namun begitu kita tidaklah halang parti politik mana yang mereka ingin pilih atau sertai ceramah... itu pilihan masing-masing kerana mereka tetap boleh mengundi untuk menentukan masa depan negara.

“Diharapkan mereka dapat tunaikan tanggungjawab masing-masing apabila tiba hari mengundi nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 472 veteran ATM peringkat Negeri Sembilan di Kem Segenting di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November.

Zamrose juga berkata ATM akan menambah lebih banyak latihan peralihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) yang relevan mengikut peredaran masa dan keperluan guna tenaga kerja negara.

Beliau berkata lima latihan peralihan sedia ada yang ditawarkan dilihat tidak mencukupi dan perlu penambahbaikan yang efektif.

"Setakat ini, PERHEBAT ada tawarkan kursus jangka panjang antara enam hingga 18 bulan bagi anggota yang bakal berpencen… kursus ini melibatkan bidang kejuruteraan mekanikal, reka bentuk dalaman, automotif, hospitaliti, keusahawanan dan pengajian pengurusan. 

"Namun kita dapati ramai bekas peserta tidak bekerja dalam bidang latihan yang mereka sertai... Kita akan buat analisis terhadap isu ini dan akan berusaha untuk tambah baik kursus sedia ada serta menambah kursus lain juga," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad