web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Kekecohan Di Tenom, Peter Anthony Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 2:41PM

Peter Anthony - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony ditahan di sini tengah malam tadi bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Tenom semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap itu bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata pihaknya sedang menyiasat insiden itu di bawah Seksyen 24A(2) Akta Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut pihak polis seterusnya membawa kepada tangkapan Datuk Peter Anthony bagi membantu siasatan. Siasatan dan dokumentasi polis berjalan dengan lancar dan beliau diberi (dibebaskan dengan) jamin polis pagi ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Peter ditahan ketika hadir di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Karamunsing di sini.

Kekecohan yang berlaku pada proses penamaan calon PRU-15 di Tenom semalam.
Kekecohan yang berlaku pada proses penamaan calon PRU-15 di Tenom semalam.

Semalam, tular di media sosial rakaman video kejadian kekecohan di luar pusat penamaan calon itu yang menunjukkan sekumpulan individu, dipercayai penyokong KDM, merusuh sehingga memaksa anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Idris dilaporkan berkata kekecohan itu berpunca daripada penolakan pencalonan Peter oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dengan alasan beliau masih mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.

Pada 26 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah.

Mahkamah itu juga pada 1 Ogos lepas membenarkan permohonan Peter bagi menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya.

Peter memfailkan permohonan tersebut bagi membolehkannya bertanding pada PRU-15. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad