web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Pengundi Gombak Tak Nak Pemimpin Khianat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 7:00AM

Penduduk Gombak tidak lagi mempercayai Mohamed Azmin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK - Pengkhianatan dilakukan oleh segelintir wakil rakyat nampaknya meninggalkan persepsi yang negatif kepada penduduk Malaysia.

Tindakan tersebut bagi mereka, bukan sekadar mencabuli mandat diberikan bahkan turut menghapuskan kepercayaan yang sekian lama terbina.

Di Parlimen Gombak misalnya, masyarakat setempat dan pengundi yang ditemui tegas menolak penyandang kerusi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kata mereka, Azmin yang kini berada di pihak Perikatan Nasional (PN) meskipun sudah bertahun berjuang di dalam PKR tidak boleh dipercayai.

Dalam masa sama, mereka turut berharap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10 sebaik PRU-15 berakhir.

Seorang pengundi Gombak, Zainal Abidin Musa, 54, berkata, penduduk kawasan ini memandang pemimpin yang teguh berprinsip dan bukan individu disifatkan sebagai lalang.

Zainal Abidin Musa
Zainal Abidin Musa

Dia memberitahu, calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dilihat sebagai seorang pemimpin berkeyakinan dan berwibawa.

“Saya tidak (akan) pangkah dia (Azmin). Saya pangkah PKR sekarang ini. Menteri Besar Selangor nampak confident. Saya lebih yakin dia lagi (berbanding calon lain),” katanya.

Sementara itu, Matthew Lau, 66, berkata, seseorang wakil rakyat itu perlu cekap, amanah dan jitu.

“(Bagi calon) Katak. Tak boleh pakai orang tiada prinsip. (Seseorang itu) Mesti cekap, amanah dan jitu,” katanya.

Dia yang juga seorang pesara berkata, masyarakat di Gombak sudah tentu akan mengundi PH malah ceramah Azmin dakwanya, tidak lagi menerima sambutan.

Matthew turut menzahirkan harapan agar Anwar dapat dilantik sebagai Perdana Menteri kali ini.

Ditanya apakah yang dimahukan rakyat Gombak, dia memberitahu, penduduk setempat menginginkan ekonomi yang baik, peluang kerja serta penurunan harga barangan keperluan harian.

Dalam pada itu, Ismail Musa, 74, berkata, walaupun tidak mengundi di Gombak, dia  mempunyai kenalan serta saudara di kawasan ini yang tidak bersetuju dengan tindakan Azmin.

Ismail Musa
Ismail Musa

“Saya dengar sebab saya orang surau. Jadi itu kita dengarlah orang bercakap, komen sana sini.

“Jadi cukuplah orang kata, dengan perbuatan khianat itu. Kita hendak pemimpin yang betul-betul jujur dan tiada sikap khianat atau bak kata orang, tikam belakang,” katanya.

Jelasnya, Amirudin dilihat sebagai seorang pemimpin yang lembut dan mudah bertolak ansur.

“Beliau saya lihat menerima teguran serta pandangan orang lain terutama rakyat,” katanya.

Ismail turut mengesyorkan agar lebih banyak pusat khidmat masyarakat diwujudkan di Gombak bagi mempermudah proses membuat aduan oleh komuniti setempat.

“Banyakkan tempat mengadu untuk dengar permasalahan rakyat, apa rakyat perlu serta isu-isu semasa,” katanya.

Ditanya sama ada Anwar berpeluang menjadi Perdana Menteri Ke-10, dia berpendapat, sudah tiba masa Presiden PKR itu diberi peluang sewajarnya untuk menerajui Malaysia.

“Secara peribadi, saya pada tahun 1998 saya memang berjuang untuk beliau. Saya harapkan, berikanlah beliau peluang jadi Perdana Menteri,” katanya.

Bagi pemandu lori, A Adwin, 33, dia bertekad untuk turun mengundi buat pertama kalinya pada PRU-15.

A Adwin
A Adwin

Seorang lagi pengundi Parlimen Gombak, Nur Sofea Punitha Abdullah, 33, berkata, seseorang wakil rakyat wajar membantu rakyat.

Nur Sofea Punitha Abdullah
Nur Sofea Punitha Abdullah

“Saya orang miskin. Sekarang rumah pun tiada api dan air. Saya harap mendapat bantuan,” katanya. - Getaran, 6 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Gombak Lumpuhkan 2 Sindiket Dadah, Rampasan Bernilai Lebih RM7 Juta

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Suspek Kes Pecah Rumah Di Gombak Diburu

3

Politik 2 tahun yang lalu

‘Sabar Sikit Min, Tak Lama Lagi Nak Masuk Skim Usia Emas’ - Amirudin

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad