web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Protokol, Kepimpinan Mesra Rakyat Ismail Sabri Dipuji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 8:12PM

Ismail Sabri bersama penduduk setempat di Masjid Darul Fikri, Bera hari ini - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lazimnya kehidupan orang kenamaan (VIP) dan pemimpin dipenuhi pelbagai protokol, lebih-lebih lagi apabila memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Namun, ia berbeza dengan sikap ditonjolkan Datuk Seri Ismail Sabri yang sering mendekati rakyat tanpa pengiring, pengawal dan protokol.

Ia boleh dilihat ketika penyandang Ahli Parlimen Bera itu menyantuni masyarakat setempat di kawasan berkenaan, sekali gus menyerlahkan lagi keperibadian kepimpimpinan beliau yang sememangnya berjiwa rakyat.

Ismail Sabri segak berbaju Melayu putih dan bersongkok dilihat bersahaja menyapa jemaah yang hadir untuk menunaikan solat
Ismail Sabri segak berbaju Melayu putih dan bersongkok dilihat bersahaja menyapa jemaah yang hadir untuk menunaikan solat

Malah, sebagai seorang pemimpin yang dikenali mesra rakyat, Ismail Sabri tidak canggung bersama penduduk setempat, termasuk di kawasan pedalaman, antaranya warga Felda.

Sikap itu turut dilihat hari ini ketika beliau bersama jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Fikri, Bera.

Beliau yang segak berbaju Melayu putih dan bersongkok dilihat bersahaja menyapa jemaah yang hadir untuk menunaikan solat.

Menjenguk ke ruangan komen di perkongsian harian aktiviti dimuatnaik Ismail Sabri di media sosialnya, rata-rata pengguna media sosial memuji beliau, antaranya individu bernama Nrmira Shakira yang menggelar pemimpin terbabit sebagai Perdana Menteri ‘paling sempoi’.

“Alhamdulillah... Perdana Menteri yang paling sempoi.. Solat Jumaat berjemaah duduk belakang pun tak kisah. Terbaik Perdana Menteri. Perdana Menteri yang berjiwa rakyat,” katanya.

Seorang pengguna, Datin Salbiah Abdul Aziz menyifatkan Perdana Menteri sebagai seorang pemimpin yang tenang dan berhemah.

Sebagai seorang pemimpin yang dikenali mesra rakyat, Ismail Sabri tidak canggung bersama penduduk setempat, termasuk di kawasan pedalaman, antaranya warga Felda
Sebagai seorang pemimpin yang dikenali mesra rakyat, Ismail Sabri tidak canggung bersama penduduk setempat, termasuk di kawasan pedalaman, antaranya warga Felda

“Ramai sayang beliau. Semoga Allah merahmati dan melindungi beliau dan keluarga,” katanya.

Pengguna lain, Victor Norman turut memuji Ismail Sabri dan menegaskan bahawa kepimpinan Perdana Menteri adalah melalui teladan.

Bagi Nur Hasanah, dia menyifatkan Ismail Sabri sebagai pemimpin berjiwa rakyat, manakala Saiful Torres melihat beliau Perdana Menteri yang bagus dan sentiasa membantu golongan memerlukan. - 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Lori Elektrik Dengan GPS Inisiatif Baharu FELDA, Pastikan Hasil Diurus Lebih Baik - Ahmad Shabery

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Subsidi Diesel Perlu Dilaksana, Elak Salah Guna Golongan Maha Kaya, Warga Asing - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Umum Pendekatan Baharu Untuk Manfaat Warga FELDA - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad