web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terkandas Sejak Jun Di Arab Saudi, Jemaah Malaysia Akhirnya Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 10:05AM

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, baki 27 daripada 63 jemaah itu akan dibawa pulang ke tanah air menerusi penerbangan seterusnya - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas terkandas sejak Jun lalu di Arab Saudi, kumpulan pertama jemaah umrah Malaysia yang terdiri daripada 36 orang, akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 5.50 pagi tadi.

Wisma Putra menerusi kenyataan memaklumkan, baki 27 daripada 63 jemaah itu akan dibawa pulang ke tanah air menerusi penerbangan seterusnya.

“Kementerian Luar sedang berusaha untuk membawa pulang 63 jemaah umrah warganegara Malaysia yang terkandas di Arab Saudi,” katanya.

Menurut kenyataan sama, urusan membawa pulang jemaah umrah itu dilaksanakan dengan mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Katanya, pematuhan itu adalah untuk memelihara hubungan dua hala akrab antara Malaysia dan Arab Saudi.

Ia juga katanya, bagi memelihara keistimewaan diberikan kepada negara ini seperti kemudahan visa pelancong yang hanya dikeluarkan kepada 49 negara.

“Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam membantu usaha ini.

“Kementerian Luar kekal komited untuk memastikan keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa terpelihara melalui bantuan konsular, berdasarkan kepada Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Konsular 1963.

“Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang negara tuan rumah bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika berada di luar negara,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, seramai 63 jemaah itu ke Arab Saudi bagi mengerjakan umrah, tetapi tinggal lebih masa yang menyebabkan timbul masalah.

Berdasarkan kenyataan Wisma Putra sebelum ini, jemaah umrah yang terdiri 28 dewasa dan 35 kanak-kanak itu dibawa ke Madinah oleh kumpulan tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah untuk mengerjakan ibadah umrah pada Mac lalu.

Namun, mereka hanya berada di Madinah sehingga hari ini dan tidak pernah dibawa ke Makkah untuk menyempurnakan ibadah umrah, sekali gus menyaksikan ketua kumpulan tarekat terbabit diusir keluar kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lalu kerana pelanggaran undang-undang di negara berkenaan. – Getaran, 4 November 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad