web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zahid Nafi Calon PRU-15 Tandatangan Surat Sokong Beliau Jadi PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 5:30PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya mereka yang menerima watikan pelantikan sebagai calon perlu menandatangani dokumen menyokong beliau membentuk kerajaan jika Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ketika ditanya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mengenai perkara itu, beliau berkata, ‘ia adalah pembohongan’.

Beliau hadir ke mahkamah untuk prosiding kes Yayasan Akal Budi yang dihadapinya, lapor The Edge.

Semalam, sumber memberitahu The Vibes bahawa penyandang Parlimen UMNO yang berada di ‘kem’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing.

Sumber tersebut memberitahu lagi, calon pengganti yang menerima watikah pelantikan diminta untuk menandatangani surat sokongan kepada Ahmad Zahid untuk memberi beliau mandat bagi menubuhkan kerajaan jika UMNO dan BN memenangi PRU-15.

Ia termasuk menyokong Ahmad Zahid untuk berunding dengan parti politik lain serta memilih Ahli Parlimen pilihannya untuk dilantik sebagai Menteri Kabinet, selain meletakkan diri beliau sebagai calon Perdana Menteri, menurut sumber dalaman parti.

Jika BN menang majoriti dalam PRU-15, Ahmad Zahid sebagai pengerusi parti gabungan itu boleh dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

 “Beliau akan menjelajah negeri ke negeri untuk menyerahkan surat watikah.

 “Namun, ada syarat perlu dipenuhi oleh mereka yang dinamakan sebagai calon iaitu menandatangani iaitu sokongan terhadap presiden dan memberikannya mandat untuk menubuhkan kerajaan, jika UMNO dan BN menangi pilihan raya,” kata sumber itu.

Terdahulu, The Vibes melaporkan beberapa pemimpin UMNO yang tidak sehaluan dengan Ahmad Zahid akan digugurkan pada PRU-15.

Mereka termasuklah, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Tajuddin Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Difahamkan, mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin akan diletakkan di Kota Tinggi manakala Tenggara akan diwakili oleh Ketua Pemudanya, Manndzri Nasib.

Manndzri dikatakan sebagai ‘orang kuat’ Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Antara pemimpin lain yang turut digugurkan adalah Tan Sri Annuar Musa (Ketereh), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif (Jempol) dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran).

Ahmad Zahid akan mengumumkan calon UMNO di Dewan Tun Hussein Onn di sini, malam ini.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu menghadapi beberapa tuduhan rasuah termasuk kes membabitkan Yayasan Akal Budi yang masih berlangsung manakala satu lagi kes berhubung isu visa di mana pihak pendakwaan sedang membuat rayuan selepas beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Shah Alam. - The Vibes, 1 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 21 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad