Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kadar Inflasi Terus Meningkat, Rakyat Malaysia Terpaksa Ikat Perut

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 3:48PM

Segelintir pengguna memberitahu terpaksa membayar lebih, manakala yang lain pula berkata, mereka perlu berbelanja mengikut kemampuan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rakyat negara ini dilihat terpaksa pasrah dan menerima hakikat bahawa penurunan harga barang tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat.

Bercakap kepada The Vibes, segelintir pengguna memberitahu terpaksa membayar lebih, manakala yang lain pula berkata, mereka perlu berbelanja mengikut kemampuan.

Adibah Abdullah, 32 berkata, dia terpaksa beralih ke jenama lampin bayi pakai buang yang lebih murah, selepas jenama kegemarannya mencatatkan peningkatan harga secara drastik.

“Jenama pilihan saya lazimnya berharga RM23, tetapi kini harganya mencecah RM39, jadi saya terpaksa beralih ke jenama lain,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Adibah memberitahu, dia lazimnya berbelanja dua kali sebulan tetapi sejak tahun lalu, terpaksa menampung kos sehingga dua kali ganda lebih tinggi untuk barang keperluan yang sama.

Adibah memberitahu, dia lazimnya berbelanja dua kali sebulan tetapi sejak tahun lalu, terpaksa menampung kos sehingga dua kali ganda lebih tinggi untuk barang keperluan yang sama - Gambar Hiasan
Adibah memberitahu, dia lazimnya berbelanja dua kali sebulan tetapi sejak tahun lalu, terpaksa menampung kos sehingga dua kali ganda lebih tinggi untuk barang keperluan yang sama - Gambar Hiasan

“Sebuah troli (dengan bahan mentah dan keperluan asas lain) lazimnya hanya berharga sekitar RM600, tetapi boleh mencecah RM1,000 sekarang. Saya tidak boleh membeli separuh pun daripada semua barangan pada harga RM600 ketika ini.”

Adibah bagaimanapun setia menggunakan jenama tertentu walaupun ada pilihan lebih murah ditawarkan di kedai lain kerana keluarganya sudah sebati dengan rasa dan kualiti ditawarkan.

Sementara itu, segelintir pengguna pula berkata, adalah tidak bijak untuk terus kekal menggunakan jenama sama atau bersikap memilih dalam keadaan ekonomi semasa.

Malah mereka mengakui telah mula belajar untuk hidup secara lebih berhemat dan beralih kepada jenama lebih murah, walaupun terpaksa berkompromi dengan mutu atau rasa ditawarkan.

Seorang pesara yang hanya mahu dikenali sebagai Hilmi, 64, berkata, amalan berjimat cermat dari aspek pembelian makanan menyaksikan beliau dan keluarga terpaksa melupakan apa sahaja produk yang mengatasi kemampuan mereka sekeluarga.

“Kami jarang makanan makanan laut sekarang..kami lebih banyak mengambil ayam kerana ia bahan kawalan.”

“Kami akan memilih barangan lebih murah (kerana) tak mampu memilih jenama tertentu lagi. Apa yang penting sekarang ialah harga barangan (bukan jenama lagi).”

Segelintir pengguna pula berkata, adalah tidak bijak untuk terus kekal menggunakan jenama sama atau bersikap memilih dalam keadaan ekonomi semasa - Gambar Fail
Segelintir pengguna pula berkata, adalah tidak bijak untuk terus kekal menggunakan jenama sama atau bersikap memilih dalam keadaan ekonomi semasa - Gambar Fail

Pada 29 Jun lalu, kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang disasarkan kepada usaha merumuskan strategi untuk menangani isu berkaitan inflasi.

Penubuhan pasukan tersebut bagaimanapun mencetuskan kritikan pembangkang yang mempersoalkan ‘pertindihan’, apabila jawatankuasa seakan sama ditubuhkan sebelum ini gagal menberikan hasil memuaskan.

 

Pengurangan Kuasa Membeli Jejaskan Perniagaan

Penghantar makanan Foodpanda, Sharifuddin, 26 yang menetap bersama ibu bapanya berkata, dia memilih produk tempatan kerana ia lebih murah berbanding jenama antarabangsa.

“Memang jelas ada berlaku pertambahan wang yang dibelanjakan (untuk belanja bulanan barangan dapur) tetapi situasi itu masih terkawal setakat ini.”

Turut menyuarakan pendapat senada ialah bekas penjawat awam, Zahari, 68 yang memberitahu, mereka tidak mempunyai pilihan selain memilih jenama lebih murah.

Amalan berjimat cermat dari aspek pembelian makanan menyaksikan ramai terpaksa melupakan apa sahaja produk yang mengatasi kemampuan mereka - Gambar Hiasan
Amalan berjimat cermat dari aspek pembelian makanan menyaksikan ramai terpaksa melupakan apa sahaja produk yang mengatasi kemampuan mereka - Gambar Hiasan

Dia turut mencadangkan pengguna mencuba sesuatu jenama itu terlebih dahulu, dengan membeli dalam kuantiti kecil.

“Kita tak ada pilihan lain sekarang (melainkan beli jenama yang lebih murah). Kami juga tidak akan membazir dengan membeli barangan yang tidak perlu.”

Mendakwa terpaksa berbelanja sehingga ratusan ringgit untuk barangan yang dahulunya hanya berharga RM50, dia juga memberitahu, warung yang sering dikunjunginya dahulu kini tidak lagi beroperasi kerana bilangan pembeli semakin berkurangan.

“Beberapa gerai makan berdekatan rumah saya yang dahulunya popular dan penuh dengan pelanggan kini terpaksa gulung tikar.

“Mungkin mereka tidak lagi mampu beroperasi kerana orang ramai amat berjimat cermat sekarang,” katanya. - The Vibes 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Jemaah Menteri Turun Padang Tinjau Harga, Kuantiti Barang Menjelang Aidilfitri - Fahmi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Tidak Mahu Lepas Peluang, Orang Ramai Serbu Jualan ‘Termurah’ MADANI

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Barangan Keperluan: Kerajaan Sedaya Upaya Bantu Rakyat - PM

4

Politik 8 bulan yang lalu

PRN 2023: Pembangkang 'Koyak' Dengan Kejayaan Kerajaan Perpaduan 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 14 jam yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Semasa 10 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 1 hari yang lalu

“Jenazah Ibu Sempurna” – Anak Allahyarham Noor Rahiza