web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Thailand, Malaysia Lumpuhkan Sindiket Pemerdagangan Orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 10:24PM

Polis Malaysia dan Thailand melumpuhkan sindiket pemerdagangan orang dan menyelamatkan empat mangsa yang ditahan di Malaysia - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Polis Malaysia dan Thailand melumpuhkan sindiket pemerdagangan orang dan menyelamatkan empat mangsa yang ditahan di Malaysia.

Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat Leftenan Jeneral Jirabhop Bhuridej berkata empat wanita, dua warga Thailand dan dua warga Indonesia, diselamatkan di sebuah hotel di Selangor pada Sabtu.

Beliau berkata polis Thailand menahan dua lelaki, seorang di Chachoengsao dan yang kedua di Chonburi pada Sabtu manakala Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia menangkap tiga wanita di Selangor pada hari yang sama.

"Kami sedang menyiasat lebih lanjut sama ada lebih ramai yang terlibat," katanya kepada Bernama.

Beliau berterima kasih kepada polis Malaysia atas bantuan mereka dalam menyelesaikan kes itu.

Dua lelaki yang ditahan di Thailand kini dalam tahanan polis.

Mereka berdepan sembilan pertuduhan termasuk pemerdagangan orang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Jirabhop berkata penahanan itu susulan siasatan berbulan-bulan selepas polis Thailand dan Malaysia menyelamatkan seorang gadis berusia 13 tahun yang dipaksa melacur di sebuah hotel di Cheras, Kuala Lumpur pada Julai.

Katanya gadis muda itu dihubungi seorang lelaki di media sosial memintanya untuk bekerja di rumah urut di Malaysia dengan gaji antara 20,000 dan 200,000 baht sebulan.

Gadis berkenaan menerima tawaran itu dan menyelinap masuk ke Malaysia secara haram di Sungai Kolok di Narathiwat.

Beliau berkata gadis itu kemudiannya diselamatkan dan dihantar pulang ke Thailand pada Julai selepas keluarganya membuat laporan polis. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar