web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UKM Kini Benarkan ‘Pakaian Kebangsaan’, Larangan Guna Sari, Ceongsam Dipadam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 7:24PM

Berikutan kekecohan semalam, halaman tentang kod berpakaian di laman web universiti itu telah dipadamkan dengan hanya ditulis nota ringkas bahawa ia sedang "dikemas kini" - Tangkapan layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Selepas dikecam hebat susulan larangan memakai sari atau ceongsam semasa menghadiri istiadat konvokesyennya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akhirnya membenarkan pemakaian baju kebangsaan pada majlis rasmi itu.

Halaman mengenai kod pakaian untuk majlis itu di laman web UKM telah dikemas kini dengan penjelasan teks sahaja dan tidak lagi mengandungi ilustrasi.

Bagaimanapun halaman itu tidak menjelaskan secara terperinci kod pakaian yang tergolong sebagai "pakaian kebangsaan".

Gambar yang dipadamkan daripada halaman itu termasuk pakaian tradisional Cina dan India, khususnya ceongsam dan sari.

Universiti tersebut kini memberikan kelonggaran mengenai pakaian yang ingin dipakai hadirin, selagi ianya mematuhi protokol rasmi.

Teks itu menerangkan bahawa graduan dan tetamu boleh memakai "pakaian kebangsaan" atau pakaian formal.

Ianya berlaku selepas spesifikasi kod pakaian universiti itu sebelum ini tular di media sosial dan mencetuskan kritikan serta perdebatan di kalangan netizen.

Ilustrasi awal dalam portal universiti itu menunjukkan ceongsam dan sari tidak dibenarkan pada acara rasmi berkenaan.

Graduan lelaki secara alternatifnya boleh memakai baju lengan panjang dengan tali leher dan seluar panjang gelap yang menutup buku lali.

Tetamu lelaki pula dibenarkan memakai kemeja dan seluar panjang berwarna gelap, sekali gus membayangkan mereka boleh hadir dengan berkemeja lengan pendek. 

Namun mereka tidak perlu memakai tali leher.

Graduan dan tetamu wanita yang tidak memakai "pakaian kebangsaan" atau pakaian formal pula dikehendaki menggunakan pakaian berlengan panjang serta kain labuh.

Jika mereka memilih untuk memakai seluar, ia mestilah berwarna gelap dan sehingga ke paras buku lali.

Setiap graduan dan tetamu diwajibkan memakai kasut formal gelap yang bertutup penuh.

Berikutan kekecohan semalam, halaman tentang kod berpakaian di laman web universiti itu telah dipadamkan dengan hanya ditulis nota ringkas bahawa ia sedang "dikemas kini".

Kod pakaian semasa acara rasmi itu telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Anne James menggunakan platform media sosial untuk mengkritik universiti itu, dengan memberitahu bahawa sebagai institusi pendidikan, UKM tidak sepatutnya mempunyai dasar "supremacist". - The Vibes, 31 Oktober, 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar