web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Benarkan Cheongsam, Saree, Etika Pemakaian Konvokesyen UKM Cetus Perdebatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2022 7:08AM

Paparan ilustrasi kod pemakaian di laman portal rasmi UKM yang telah mencetuskan kontroversi. Ia bagaimanapun sudah dipadam. - Gambar dari Twitter Anne James

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima kecaman susulan menetapkan kod pemakaian yang melarang graduan memakai cheongsam dan saree kerana dianggap tidak sesuai untuk menghadiri majlis konvokesyennya.

Menerusi paparan ilustrasi kod pemakaian di laman portal rasmi universiti itu yang kini sudah dipadam, ia menunjukkan pakaian dibenarkan adalah kebanyakannya pakaian tradisional Melayu, termasuk baju Melayu, baju kurung dan baju kebaya.

Graduan juga boleh memilih mengenakan sut dan tali leher untuk lelaki, manakala blaus dipadankan dengan skirt gelap paras buku lali bagi wanita.

Ilustrasi itu menyatakan bahawa graduan dan tetamu yang gagal mematuhi etika berpakaian terbabit, tidak akan dibenarkan menghadiri majlis berkenaan.

Etika berpakaian ditetapkan itu menarik perhatian ramai, termasuk seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Anne James yang mengkritik tindakan universiti berkenaan menerusi platform media sosial terbabit, dengan mengatakan bahawa sebagai sebuah institusi pendidikan, UKM tidak sepatutnya mempunyai dasar ‘supremasi’.

Tweet tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai isu berkenaan.

Kebanyakan netizen bersetuju bahawa kos pemakaian ditetapkan universiti itu adalah munasabah, dengan melarang individu mengenakan pakaian kasual, seperti seluar pendek, kemeja-T dan kasut terbuka kerana tidak sesuai untuk acara rasmi.

Bagaimanapun, ada antara mereka tidak bersetuju dengan tindakan melarang graduan Cina dan India memakai pakaian tradisional mereka, sambil mengatakan wujud ‘diskriminasi’ apabila universiti itu membenarkan pakaian rasmi Barat.

“Kita adalah sebuah negara berbilang kaum, multinasional. Kod pakaian kita harus mencerminkannya,” kata pengguna, Susila Jeyaratnam.

“Mengapa saree dan cheongsam dianggap tidak sesuai?” tanya pengguna Twitter @RoaringAwayz.

“Ia adalah pakaian tradisional seperti kurung atau kebaya. Adakah anda mengatakan graduan bukan Melayu anda dan keluarga mereka lebih rendah berbanding kedudukan Melayu?”, soal sorang netizen.

Kod pemakaian untuk majlis konvokesyen UKM telah dipadamkan.
Kod pemakaian untuk majlis konvokesyen UKM telah dipadamkan.

Netizen lain membuat spekulasi bahawa rasional di sebalik kod pakaian universiti adalah untuk mengelakkan pendedahan kulit berlebihan dan bukannya bertujuan melarang pemakaian tradisional tertentu, tetapi mesej itu tidak disampaikan dengan tepat.

“Ini untuk majlis graduasi, bukan kelas biasa. Mereka tegas untuk tidak menunjukkan lengan untuk lelaki dan perempuan,” kata pengguna Twitter @amrisolarstreak.

Beliau juga bersetuju bahawa ilustrasi itu seperti menggambarkan berat sebelah terhadap kaum tertentu dan berpandangan, UKM harus mengenalpasti semula cara lebih sesuai untuk menyampaikan mesej terbabit dengan mengemas kininya.

“Jika anda melihat ilustrasi, belahan pada cheongsam adalah sehingga ke pinggul. Peraturan sama juga terpakai untuk kebaya,” kata pengguna Twitter @_alianatasyah.

“Saree (dalam ilustrasi) tidak berlengan dan mendedahkan bentuk tubuh. Bukannya ia diharamkan, tetapi ia adalah acara rasmi,” menurut pengguna media sosial itu.

Bagi graduan dan tetamu yang masih mahu memakai pakaian tradisional, netizen menyarankan mereka mengenakan rekaan lebih ringkas, seperti hanfu dan kurti. – The Vibes, 31 Oktober 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam