web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengesahan ROS Buktikan Perkara Sebenar, Mampu Jernih Kekeliruan - Larry Sng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 4:15PM

Larry Sng - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Larry Sng Wei Shien menyifatkan pengesahan dibuat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bahawa beliau masih Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), membuktikan kenyataan pihaknya berhubung perkara itu adalah benar.

Bercakap kepada Getaran, beliau berkata, pengesahan itu juga mampu menjernihkan kekeliruan semua pihak mengenai kemelut membelenggu parti berkenaan sejak kebelakangan ini.

Larry turut berharap pengesahan dibuat pihaknya dan ROS itu mampu memastikan isu terbabit tidak perlu diulas lebih panjang, terutama apabila ia sudah diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

“Saya rasa tak payah komen lanjut sebab perkara ini pun sudah diperkatakan sejak beberapa hari lepas, malah kita ada salinan pendaftaran diperakui ROS mengenai senarai nama ahli jawatankuasa PBM yang jelas memaklumkan saya masih Presiden.

“Saya rasa pengesahan ini untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi dan masyarakat.

“Saya juga tidak mahu menjejaskan kemampuan calon untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disebabkan adanya watikah tidak betul dan menimbulkan kekeliruan mengenai siapakan Presiden sebenar,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan rekod RoS, Larry Sng masih memegang kedudukan sebagai presiden PBM.
Berdasarkan rekod RoS, Larry Sng masih memegang kedudukan sebagai presiden PBM.

Ditanya mengenai pencalonannya pada PRU-15, Larry Sng berkata, beliau tetap akan mempertahankan kerusi Julau dan keputusan itu adalah muktamad.

“Saya tetap (bertanding) di Julau, itu tak ada beza,” katanya.

Terdahulu, memetik laporan Berita Harian hari ini, Ketua Pengarah ROS, Mohd Nawardi Saad berkata, berdasarkan rekod di jabatan itu, Larry Sng masih memegang kedudukan sebagai presiden parti berkenaan.

Katanya, sekiranya tercetus pertikaian mengenai jawatan itu, ia perlu diselesaikan di peringkat PBM kerana perkara terbabit adalah isu dalaman parti dan tidak membabitkan ROS.

“Itu hal dalaman parti mereka, jika ada pertikaian mereka kena selesaikan sendiri dan ini tidak membabitkan ROS,” katanya.

Mohd Nawardi berkata demikian bagi mengulas krisis PBM selepas dua individu, termasuk Larry yang juga Ahli Parlimen Julau mengisytiharkan dirinya masih Presiden parti itu.

 Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Khamis lalu, Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha mendakwa Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Presiden parti itu selepas diumumkan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Bangsa Malaysia pada 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Larry Sng mendakwa beliau masih Presiden PBM yang sah.

Malah, beliau turut memuat naik salinan pendaftaran RoS mengandungi 28 senarai nama ahli jawatankuasa PBM untuk sesi 2021 sehingga 2024 yang menyaksikannya sebagai Presiden, selain Timbalan Presiden (2), Naib Presiden Kanan (2), Naib Presiden (3), Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Setiausaha Agung dan Timbalan, Bendahari Agung, Ketua Penerangan serta 14 Ahli Majlis Tertinggi.

Justeru, menerusi kenyataannya di Facebook semalam, Larry Sng turut mengumumkan beliau menggantung Zuraida, selain 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM.

Beliau berkata, penggantungan itu berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (iii) yang dilakukan kerana mereka didapati menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya.

Seramai 12 individu itu adalah Haniza Mohamad Taha, Dr Daroyah Alwi, Rahimah Majid, Dr Sathiskumar Govindaraju, Muhammad Saiful Bahari Sahari, Na’im Brundage, Abdul Aziz Abdul Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Muniraa Abu Bakar, Datuk Chua Lian Chye, Datuk Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Menurut Larry Sng, beliau menolak dan mengutuk sekerasnya tindakan politik sedemikian yang menjejaskan kepercayaan kepimpinan terhadapnya serta menimbulkan pelbagai kekeliruan kepada ahli parti dan orang awam.

“Oleh itu jawatan mereka akan digantung sehingga jawatankuasa tatatertib ditubuhkan untuk meneliti perkara terbabit selepas pilihan raya,” katanya.

Larry berkata, surat penggantungan itu sudah dihantar kepada mereka secara individu. – Getaran, 30 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar