web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PH Umum 14 Calon Kerusi Parlimen Kedah Kecuali Langkawi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 8:09AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Pakatan Harapan (PH) malam ini mengumumkan senarai calonnya yang akan bertanding di 14 kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengumuman dibuat oleh Ketua Penerangan PH Kedah Datuk Dr Ismail Salleh pada Majlis Pengisytiharan Calon PH Kedah di sini yang turut mengumumkan sembilan calon daripada PKR yang telah diumumkan kelmarin.

Lima lagi kerusi yang diumumkan malam tadi ditandingi oleh empat calon daripada Amanah dan seorang calon DAP.

Bagaimanapun gabungan itu tidak mengumumkan nama calon bagi satu lagi kerusi di negeri itu iaitu Langkawi.

Empat calon daripada Amanah ialah Muaz Abdullah (Padang Terap), Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Datuk Latipah Mohamad Yatim (Sik) dan Johari Abdullah, (Baling) sementara  Zulhazmi Shariff daripada DAP dicalonkan untuk bertanding di Jerai.

Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata calon PH bagi kerusi Langkawi akan diputuskan kemudian dan enggan mengulas sebab calon bagi kerusi itu tidak diumum malam ini.

“Kita akan maklumkan nanti, sebelum penamaan calon nanti,” katanya.

Mengulas mengenai senarai calon PH di Kedah, Mahfuz berkata PH yakin dengan kehadiran muka baharu serta individu yang mempunyai pelbagai latar belakang akan mampu membawa sesuatu yang baharu kepada masa depan Malaysia.

Berikut adalah senarai calon PH bagi 14 kerusi Parlimen di Kedah:

1. Jerlun - Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali

2. Kubang Pasu - Aizuddin Ariffin

3. Padang Terap - Muaz Abdullah

4. Pokok Sena - Datuk Mahfuz Omar

5. Alor Setar - Simon Ooi Tze Min

6. Kuala Kedah - Dr Azman Ismail

7. Pendang - Datuk Zulkifly Mohamad

8. Jerai - Zulhazmi Shariff

9. Merbok - Nor Azrina Surip

10. Sik - Datuk Latipah Mohamad Yatim

11. Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq Johari

12. Baling - Johari Abdullah

13. Padang Serai - M Karupaiya

14. Kulim Bandar Baharu - Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 4 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad