web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Kepada 267 Orang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 11:46AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah meningkat kepada 267 orang daripada 87 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 87 orang daripada 27 keluarga semalam.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata empat PPS baharu telah dibuka di daerah Baling dan Kota Setar, malam tadi.

“Tiga PPS dibuka di Baling pada 8 malam iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari yang menempatkan 57 orang daripada 20 keluarga, PPS SK Sri Bayu (33 orang, 11 keluarga) dan PPS SK Siong (18 orang, sembilan keluarga).

“Satu PPS di Kota Setar ialah SK Suka Menanti yang mula beroperasi pada 7.30 malam dengan menempatkan 73 orang daripada 21 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata PPS SK Binjai yang dibuka di Kubang Pasu sejak Rabu lepas pula masih menempatkan 86 orang daripada 26 keluarga.

“Hujan lebat selama beberapa jam di daerah Baling dan Kota Setar telah menyebabkan paras air meningkat dan berlakunya banjir. Keadaan cuaca pagi ini mendung,” katanya.

Sementara itu, laman web rasmi Public Inforbanjir Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar mencatatkan bacaan 2.82 meter iaitu melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat 9 pagi.

Paras Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar pula melebihi tahap amaran dengan 1.89 meter. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Semasa 5 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ejen Hartanah Tikam Leher Wanita Diperintah Jalani Penilaian Psikiatri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad