web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Doktor Dari Semenanjung Boleh Mohon Permit Kerja 5 Tahun - Abang Jo

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 9:01AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Golongan doktor dari Semenanjung Malaysia yang bertugas di pusat perubatan swasta di Sarawak boleh memohon permit kerja tempoh lima secara terus daripada kerajaan negeri tanpa perlu lagi memperbaharui permit kerja setiap tahun.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pengeluaran permit kerja jangka panjang merupakan insiatif kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai tenaga kerja berkemahiran menyumbang kepakaran dalam pembangunan dan pertumbuhan ekononi negeri itu.

“Permit kerja untuk tempoh lima tahun meliputi golongan profesional dari luar yang bertugas di Sarawak dalam semua sektor ekonomi daripada sektor perindustrian hingga perkhidmatan termasuk sektor perubatan. Anda tidak perlu memperbaharui permit kerja setiap tahun.

“Kita memberi kelonggaran ini supaya ahli profesional boleh bekerja dan tingga lebih lama  di Sarawak. Kita boleh melaksanakan peraturan ini kerana soal imigresen adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam Persatuan Hospital Swata Malaysia, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan menyemak semula keputusan hanya membenarkan visa 14 hari kepada pelancong perubatan yang datang ke Sarawak.

“Kita benarkan orang datang ke Sarawak dan kebiasaanya kita beri visa untuk tempoh tiga bulan. Saya tidak tahu mengapa hanya 14 hari untuk pelancong perubatan. Saya akan memmperbetulkannya terutama kepada mereka yang datang dari luar khusus untuk mendapatkan rawatan perubatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad