web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Gaduh Kelab Malam Tular, Dua Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 2:12PM

Tangkap layar video pergaduhan yang dimuat naik di Facebook.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menahan dua lelaki yang video rakaman pergaduhan mereka di sebuah kelab malam tular sejak dua hari lalu.

Dua video pergaduhan di sebuah kelab malam itu dimuatnaik oleh pemilik satu akaun Facebook, memaparkan satu pergaduhan yang berlaku Isnin lalu pada kira-kira jam 11.30 malam.

Keterangan video berkenaan menyebut, pergaduhan itu membabitkan 15 samseng dari Tapah yang menyerbu kelab berkenaan untuk peras ugut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) A Asmadi Abdul Aziz berkata, kedua-dua suspek itu sudah ditahan selepas pihaknya menerima laporan polis Selasa lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku di antara pemilik restoran dan pelanggan, berpunca daripada provokasi dan perselisihan faham mengenai pembelian minuman.

“Hasil siasatan mendapati hanya dua suspek sahaja terbabit manakala selebihnya adalah pengunjung yang cuba menenangkan keadaan.

“Dakwaan bahawa terdapat penglibatan gangster dari Tapah dan wujud unsur pemerasan adalah tidak benar sama sekali,” katanya di sini, hari ini.

A Asmadi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis mengalu-alukan sebarang maklumat atau pertanyaan daripada orang ramai dan bukannya mensensasikan maklumat palsu tanpa sebarang fakta kukuh. – Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Ditahan Bergaduh Di Kasino, Saki-Baki Terlibat Diburu Polis

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad