web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Diberi Sambutan Negara Di Singapura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 8:13PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Presiden Singapura Halimah Yacob di Istana, Orchard Road, Singapura sempena lawatan negara baginda ke republik itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini diberikan Sambutan Negara sempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Singapura.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah ke upacara yang diadakan di Istana, Orchard Road di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda kira-kira 5.30 petang disambut oleh Presiden Singapura Halimah Yacob dan suami, Mohammed Abdullah Alhabshee.

Al-Sultan Abdullah menerima tabik Hormat Diraja daripada barisan kawalan kehormat dengan diiringi lagu kebangsaan Malaysia “Negaraku” dan lagu kebangsaan Singapura “Majulah Singapura”.

Yang di-Pertuan Agong kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormatan dengan diiringi Halimah, sebelum Seri Paduka Baginda menandatangani Buku Pelawat Presiden.

Seri Paduka Baginda turut diperkenalkan kepada barisan Kabinet Menteri Singapura sebelum berangkat ke Majlis Penamaan Orkid yang dinamakan sempena dengan nama Tunku Azizah iaitu “Queen Azizah of Malaysia”.

Selepas majlis itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengadakan pertemuan dengan Halimah dan Mohammed kira-kira setengah jam sebelum berangkat ke Majlis Santapan Negara di kediaman dan pejabat rasmi Presiden Singapura itu.

Pertemuan itu merupakan kali kedua antara Al-Sultan Abdullah dan Halimah selepas Seri Paduka berkenan menerima menghadap Halimah di London, United Kingdom pada 18 September lepas berikutan kedua-dua pemimpin menghadiri Istiadat Pemakaman Negara mendiang Ratu Elizabeth Il.

Lawatan negara ke Singapura pada asalnya dijadualkan 19 hingga 21 September namun ditangguhkan susulan Seri Paduka Baginda mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara itu pada 16 hingga 21 Sept lepas.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kini dalam rangka lawatan negara ke Singapura selama empat hari bermula semalam, bagi mencerminkan hubungan dua hala yang rapat serta istimewa antara Malaysia dan Singapura yang bermula sejak 57 tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar