web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rentas Negeri Ke Majlis Perkahwinan Adik Punca Kluster Baru Di Terengganu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 11:28AM

Aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk hadir majlis perkahwinan adik punca kluster baharu COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kluster Taman Rakyat yang menjadi kluster baharu COVID-19 di Terengganu berpunca dari aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata 26 kes dikesan positif COVID-19 dari kluster berkenaan, yakni iaitu 11 orang ahli keluarga dan 15 lagi tetamu yang menghadiri kenduri.

"Hasil pertemuan hanya untuk 'kirim' duit kenduri serta cenderahati telah menjangkiti kawan baik. Kawannya itu pula telah mengadakan majlis akikah di kampung yang akhirnya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu kenduri akikah,” katanya dalam satu paparan di laman Facebooknya semalam.

"Jadi apa iktibar kisah-kisah ini? Adanya rentas negeri dan perkumpulan ramai orang tanpa pematuhan SOP. Jika SOP dipatuhi, tak akan ada jangkitan. Kalau ada pun, ia sangat minima dan bukan kluster besar sebegini.

"Sebab itu kami selalu pesan tangguh dulu perkumpulan ramai orang. Kita tak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja. Kita semua yang patut kuatkuasakan pematuhan SOP, bukannya diserah semata-mata kepada agensi penguatkuasaan," katanya.

Ketika ini terdapat 238 kes aktif COVID-19 di Terengganu dengan kes tertinggi direkodkan di Besut iaitu 127 kes diikuti Kuala Nerus (43), Dungun (27), Kuala Terengganu (27), Hulu Terengganu (tujuh), Marang (empat) dan Setiu (tiga).

Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April adalah  kluster komuniti yang melibatkan daerah Dungun. Kes indeks bagi kluster itu ialah seorang lelaki berusia 32 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran