web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Video Tular Babitkan Najib Rakaman Lama, Bukan Di Penjara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 1:00PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Jabatan Penjara Malaysia menafikan terdapat rakaman video membabitkan Datuk Seri Najib Razak yang dibuat oleh mana-mana agensi media ketika di dalam premis penjara menempatkan mantan Perdana Menteri itu.

Menurut kenyataan jabatan berkenaan, sebaliknya video tular itu dirakam sebelum beliau menjalani hukuman penjara.

“Jabatan Penjara Malaysia menegaskan bahawa tiada apa-apa rakaman video yang melibatkan Datuk Seri Najib (Razak) dibuat oleh mana-mana agensi media di dalam premis penjara, seperti mana ditularkan.

“Hasil semakan menunjukkan video tersebut dirakam lebih awal oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57, iaitu sebelum Datuk Seri Najib (Razak) dipenjarakan,” menurutnya menerusi kenyataan media hari ini.

Kenyataan sama memaklumkan, video ditayangkan di stesen televisyen berkenaan pada 24 Oktober lalu itu, menceritakan mengenai sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang serta tidak berkaitan dengan politik.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan Najib berkongsi kisah dan pandangan untuk siaran topik Kembara Keluarga Malaysia bagi episod 57.

Ia kemudian menarik perhatian ramai yang mempersoalkan bagaimana mantan Presiden UMNO itu dibenarkan muncul di media elektronik ketika sedang menjalani hukuman penjara.

Antara pihak terbabit adalah pemimpin DAP, Hannah Yeoh yang mempertikaikan banduan seperti Najib diberi kebenaran bersiaran di televisyen, sedangkan wakil rakyat pembangkang tidak boleh berbuat demikian.

“Saya tak faham politik BN (Barisan Nasional)/PN (Perikatan Nasional), wakil rakyat pembangkang yang dipilih rakyat tak boleh masuk sekolah dan televisyen.

“Tapi (tetapi) yang dibenarkan masuk televisyen dan sekolah adalah banduan/mat rempit,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu, selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah. - Getaran, 25 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad