web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 12:32PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut oleh Menteri Pendidikan Singapura Chan Chun Sing sebaik tiba di Lapangan Terbang Changi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan lawatan negara ke republik berkenaan bermula hari ini hingga 28 Oktober ini.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini pada kira-kira 10.50 pagi, yang turut disertai anakanda Seri Paduka, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Menteri Pendidikan Singapura Chan Chun Sing, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada kira-kira 9.45 pagi, dengan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Sempena lawatan ke Singapura itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan berangkat untuk melawat Asian Civilisations Museum dan Edible Garden City pada hari ini.

Raja Permaisuri juga dijadualkan berangkat mengadakan lawatan Gardens By The Bay pada malam ini, dengan turut diiringi Tengku Puteri Afzan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan isteri di Hotel Shangri-La Singapura pada 26 Oktober, disusuli dengan majlis santapan tengah hari.

Pada sebelah petangnya, Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat ke Majlis Sambutan Negara di The Istana, Orchard Road dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Singapura Halimah Yacob, serta disusuli dengan Majlis Santapan Negara.

Keesokan harinya, Al-Sultan Abdullah dijadualkan berangkat melawat loji NEWater, kemudiannya ke Kem Latihan Komando di Pasir Ris, manakala Tunku Azizah dijadualkan melawat beberapa tempat bersejarah antaranya National Library dan National Museum of Singapore.

Seri Paduka berdua akan turut berangkat ke majlis santapan malam dan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Singapura pada Khamis (27 Oktober).

Seri Paduka berdua pada asalnya dijadualkan mengadakan lawatan negara ke Singapura pada 19 hingga 21 September namun, ditangguhkan berikutan Seri Paduka berkenan mewakili Malaysia ke istiadat pemakaman negara mendiang Ratu Elizabeth II di London, United Kingdom pada 16 hingga 21 September lepas.

Lawatan negara ke Singapura itu mencerminkan hubungan dua hala yang rapat dan istimewa antara Malaysia dan Singapura bermula sejak 57 tahun lepas.

Dalam aspek dagangan dua hala, jumlah dagangan Malaysia dan Singapura dari Januari hingga Ogos 2022 ialah sebanyak US$55.77 bilion, iaitu 12.9 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan Malaysia, menjadikan Singapura sebagai rakan dagangan kedua terbesar Malaysia selepas China.

Singapura merupakan destinasi kedua terbesar eksport Malaysia selepas China dengan nilai US$34.51 bilion, dan Singapura merupakan sumber kedua terbesar import Malaysia selepas China dengan nilai US$21.26 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad