web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU-15: Bukan Senang Ambil Hati Golongan Belia - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 7:00AM

M Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan mengakui bukan senang untuk mengambil hati golongan belia dengan menggunakan ‘tiket’ politik dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara, termasuk dalam memilih calon berkaliber untuk memenangi PRU15.

“Golongan belia boleh menilai yang mana betul dan salah, malah mereka boleh melihat sendiri apa yang berlaku pada PRU14 dan saya percaya mereka akan mengambil keputusan terbaik (untuk mengundi) dan membantu untuk menstabilkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang membincangkan tajuk ‘Pesta Cahaya Dalam Pilihan Raya’, semalam.

Ditanya mengenai cabaran yang bakal dihadapi ketika gelombang PRU-15, Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia dan Ahli Parlimen Tapah berkata media sosial merupakan antara rintangan terbesar yang perlu ditempuhi memandangkan pengaruh alam maya amat ketara ketika ini.

“Ketika PRU14, pengaruh media sosial lebih kepada mesej tular melalui WhatsApp, dan buat masa ini kita lihat ia lebih kepada TikTok.

“(Biarpun) media sosial menjadi cabaran utama masa PRU15, (namun) ia juga antara medium yang memainkan peranan penting kelak,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRU akan diadakan pada 19 November dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November, manakala pengundian awal pada 15 November.

Sementara itu Saravanan berkata kerajaan terpaksa membubarkan Parlimen dan mendepani PRU15 kerana tiada kestabilan politik.

“Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif dalam usaha memulihkan ekonomi pasca COVID-19, namun kekangan yang kita lihat adalah tiada kestabilan politik.

“Kerana tiada kestabilan politik, ia secara langsung mewujudkan ketidakselesaan dalam kalangan pelabur. Cuma, rakyat kena bantu kami untuk kekalkan kestabilan politik.

“Jangan sesekali kita ulang sejarah dalam satu penggal kita tukar (perdana menteri) beberapa kali,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

Kolum 3 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad