web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu TPM: Tumpuan Kepada Menang PRU Dulu - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 7:13PM

Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Ekspresi@Finas di Studio Merdeka Finas hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persoalan mengenai wakil parti mana yang akan dijadikan calon timbalan perdana menteri (TPM) sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan menjadi dominan, hanya akan diputuskan selepas PRU nanti, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata setakat ini perkara paling penting diberi tumpuan adalah untuk BN memenangi PRU-15 terlebih dahulu.

“Tak tahu lagi, biar kita (BN) menang pilihan raya dulu, kalau perkara ini (jawatan TPM) dalam manifesto, kalaulah perkara ini dalam manifesto kita, tentu sahaja kita akan pastikan ia dilaksanakan.

“Bagaimanapun kita tunggu lepas kita menang dulu, lepas tu kita bincanglah, sebab tentu sahaja kalau kita teruskan dengan cadangan kita ini, manifesto kita ini, kita akan dapatkan nama… kalau wakil Sabah, Sabah lah yang akan beri nama, kalau wakil daripada Sarawak, kerajaan Sarawak yang akan memberi nama kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Program Ekspresi@Finas di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya sudah terdapat calon daripada Sabah dan Sarawak untuk jawatan TPM.

Ketika ditanya berkaitan kenyataan PAS yang mengatakan tiga jawatan TPM itu bukan satu keperluan kerana ia cuma janji terdesak untuk meraih undi, Ismail Sabri  secara ringkas berkata: “Itu pandangan daripada PAS lah, biarlah PAS dengan pandangan dia, kita dengan pandangan kita.”

Semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesyorkan agar tiga jawatan TPM masing-masing mewakili Sabah, Sarawak dan Semenanjung, diwujudkan jika BN menang dominan pada PRU15.

Ahmad Zahid mengesyorkan supaya cadangan jawatan kedua tertinggi kerajaan itu dimasukkan dalam manifesto BN. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan