web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadikan Deepavali Simbolik Perjuangan PRU-15, Hapuskan Kegelapan Selubungi Negara - Kit  Siang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 1:50PM

Penganut Hindu melaksanakan upacara sembahyang di kuil Sri Maha Mariamman, di Shah Alam, hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Simbolik perayaan Deepavali iaitu perjuangan menentang kebatilan wajar diterap dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) agar kegelapan yang menyelubungi negara ini segera berakhir.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ia adalah visi penting demi memastikan cita-cita Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dapat menjadi kenyataan menjelang ulang tahun negara yang ke-100z

Menurut beliau, PRU-15 pada 19 November depan harus dijadikan medan oleh semua rakyat untuk bersatu, tanpa mengira agama dan kaum.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

“Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan (harus) berganding bahu untuk menggantikan kegelapan yang menyelubungi dengan cahaya supaya cita-cita Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk Malaysia menjadi ‘sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu’ dapat menjadi kenyataan menjelang ulang tahun ke-100 Malaysia.

“Marilah semua bersatu padu pada 19 November untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal pada ulang tahun ke-100 negara,” katanya menerusi hantaran di blog hari ini.

Kit Siang berkata, semua pihak perlu berganding bahu menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk hebat bertaraf dunia yang boleh dicontohi oleh semua, sama ada dari aspek politik, ekonomi, sosial, atau alam sekitar.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Pakatan Harapan (PH) wajar memberi respon positif atas pendirian calon Gerak Independent (GI), Tawfik Ismail untuk mencabar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk.

Ahmad Zahid (kiri) dan Tawfik Ismail
Ahmad Zahid (kiri) dan Tawfik Ismail

Jelas Kit Siang, keputusan dibuat anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu bakal menyerlahkan lagi tema perjuangan PRU-15 yang dibawa puak lawan, iaitu memastikan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Pendirian tersebut dinyatakan beliau sendiri pada Konvesyen MIC baru-baru ini, yang dilaporkan secara meluas di media,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, PRU-15 ialah pemilihan di peringkat Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia, bukan kerajaan negeri bagi Sabah dan Sarawak.

“Ketika ini, terdapat tiga gabungan yang berupaya membentuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya selepas PRU-15.

“Pertama ialah UMNO-BN, kedua Perikatan Nasional (PN) antara BERSATU dan PAS, dan ketiga, PH yang dibarisi PKR, DAP, AMANAH dan UPKO,” katanya.

Antara semua pemimpin yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri jelas beliau, terbukti bahawa Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik jika mahu dibandingkan dengan Zahid, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN). 

“Pengundi Malaysia menolak gabungan BN pada PRU-14 kerana mereka dikhianati, susulan pelbagai skandal penyelewengan yang dilakukan pemimpin gabungan itu,”  katanya. - Getaran, 24 Oktober 2022








 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad