web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelaran Mister World Malaysia 2022, Milik Joshua Benedict

Model dan usahawan yang berasal dari Selangor itu telah menewaskan 22 lagi finalis lain dalam pertandingan yang berlangsung pada Jumaat lepas.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 12:00PM

Joshua dinobat sebagai Mister World Malaysia 2022. - Gambar oleh Universal Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gelaran Mister World Malaysia 2022 akhirnya menjadi milik peserta dari Selangor iaitu Joshua Benedict, 32, yang merupakan seorang model dan usahawan.

Joshua telah menewaskan 22 lagi finalis lain dalam pertandingan yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur malam semalam.

Pertandingan dimulakan dengan segmen ‘National Costume’ di mana kesemua 23 peserta menggayakan pakaian yang direka khas yang bercirikan budaya yang terdapat di Malaysia serta yang berkaitan dengan asal usul mereka.

Segmen seterusnya beralih kepada pakaian santai (beach wear) yang memperlihatkan tubuh badan mereka yang fit dan cergas, manakala segmen terakhir ialah ‘formal wear’ di mana kesemua peserta tampil segak dengan memakai sut.

Bagaimanapun hanya 10 peserta sahaja yang berjaya mara ke peringkat seterusnya dan mereka perlu memberikan ucapan awam selama seminit untuk menceritakan tentang diri mereka serta apa yang diperjuangkan dalam pertandingan ini. Dan, kemudian bilangan peserta dikecilkan menjadi lima teratas.

Sewaktu sesi soal jawab di peringkat lima teratas, Joshua telah memilih untuk menjawab soalan dari salah seorang juri pada malam itu iaitu aktres terkenal, Diana Danielle.

Diana telah bertanya soalan jika anda boleh melanggar satu peraturan, apakah peraturan itu?

Diana Danielle (kiri) salah seorang daripada juri Mr World Malaysia 2022.
Diana Danielle (kiri) salah seorang daripada juri Mr World Malaysia 2022.

“Saya percaya peraturan dibuat supaya kita dapat menjadi sebuah negara yang progresif. Kita boleh berusaha untuk ke arah yang bertamadun untuk memajukan diri kita.

“Jika ada peraturan yang perlu dilanggar, hanya peraturan yang bertentangan dengan kemanusiaan dan kemiskinan. Kemanusiaan sentiasa menang,” jawabnya dengan penuh yakin sekali gus mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang hadir.

Gelaran naib juara pula disandang peserta dari Perak iaitu Chow Di Sheng yang juga merupakan salah seorang peserta kegemaran ramai pada malam itu. Manakala tempat ketiga menjadi milik peserta dari Kuala Lumpur iaitu Jayson Phuah.

Pemenang tempat kedua Di Sheng (kiri) dan ketiga Jayson.
Pemenang tempat kedua Di Sheng (kiri) dan ketiga Jayson.

Joshua sewaktu ditemui di sidang media berkata bahawa dia seakan tidak percaya bahawa gelaran Mr World Malaysia 2022 kini menjadi miliknya.

“Saya sangat teruja dalam masa yang sama masih tidak percaya perkara ini berlaku kepada saya. Tetapi saya sangat bersyukur dengan peluang yang diberikan dan akan pastikan untuk buat Malaysia bangga,” katanya.

Ditanya apakah perancangan serta persiapannya menjelang pertandingan Mister World yang akan berlangsung di United Kingdom kelak, kata Joshua dia akan segera merangka ‘plan’ untuk pastikan nama Malaysia dipanggil di pentas dunia itu nanti.

“Rancangan saya akan bermula esok kerana saya rasa sudah tiba masanya untuk Malaysia mendapat kedudukan di Mister World. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk buat Malaysia bangga,” kongsinya.

Mengikut rekod, ini bukan ‘pageant’ pertama yang disertai Joshua. Sebelum ini dia sudah pernah memenangi gelaran Mister Tourism World Malaysia pada tahun 2017 dan menerusi  pertandingan Mister Tourism World 2017, dia meraih tempat keempat.

Ditanya adakah pengalaman yang ada sebelum ini membuatkan dirinya lebih yakin untuk merebut gelaran juara Mister World Malaysia 2022, kata Joshua, perkara itu sedikit sebanyak membantu dirinya.

“Disebabkan saya sudah pernah bertanding sebelum ini, jadi lebih mudah untuk saya lakukan persediaan. Jadi dari hari pertama lagi saya sudah pastikan bahawa saya akan berikan yang terbaik untuk pertandingan ini,” ujarnya.

Sebagai juara, Joshua membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM25,000 berserta trofi dan selempang.

Kesemua peserta telah diadili barisan juri profesional yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti Diana Danielle (Selebriti), Muzammin (Editor Glam Lelaki), Kim Lim (Pengarah Urusan Universal Malaysia), Samuel Seow (Artis) dan Wenanita Angang (Miss World Malaysia 2022).

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. - Getaran, 23 Oktober 2022.

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar