Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gaji Minimum, Perlukah Kerja 'Sekadar Ada' ?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 8:36AM

Gaji minimum terus menjadi isu dengan ada segelintir pihak mahu ia dilaksanakan mengikut situasi ekonomi semasa. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Demi meneruskan kelangsungan hidup, apakah seseorang individu itu perlu berpuas hati dengan pekerjaan yang menghasilkan upah di bawah paras minimum?

Atau apakah mereka perlu bangun dan ‘berjuang’ menuntut pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan diraih?

Isu graduan menganggur sebenarnya bukan perkara baharu dan kerap kali dibangkitkan, walaupun ketika negara masih bebas daripada ancaman pandemik COVID-19.

Kehadiran COVID-19 ini bagaimanapun menyebabkan ia kembali diperkatakan, apatah lagi ketika ramai penduduk berdepan pemberhentian, apabila syarikat yang menjadi punca rezeki terpaksa menhentikan operasi susulan kegawatan ekonomi.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan meminta semua graduan menerima sebarang tawaran kerja tanpa melihat kepada tangga gaji, kerana ia adalah lebih baik daripada terpaksa menganggur.

Kenyataan itu menerima pelbagai reaksi, termasuk di media sosial apabila ia disiarkan stesen radio BFM di Twitter.

Tinjauan Getaran baru-baru ini mendapati, kenyataan Saravanan itu dianggap relevan dengan situasi semasa negara, yang masih berusaha untuk bangkit semula selepas terjejas dek pandemik COVID-19.

Sharmila Rahmat (kiri) dan Syuhaida Shaiful Anuar (kanan)
Sharmila Rahmat (kiri) dan Syuhaida Shaiful Anuar (kanan)

Seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Penyiaran, Syuhaida Shaiful Anuar, 25 nyata bersetuju dengan saranan menteri terbabit demi meneruskan kelangsungan hidup.

Pegawai khidmat pelanggan sebuah syarikat swasta itu berkata, sekarang bukan masanya untuk memilih kerja atau hanya mencari tugasan yang setimpal dengan kelulusan.

“Graduan sekarang tak boleh memilih kerja lagi, lebih-lebih lagi dalam waktu pandemik seperti ini.

“Seperti sekarang, walaupun gaji diterima rendah dari apa yang diharapkan, saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya memiliki pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada kedua ibu bapa lagi,” katanya.

Syuhaida juga mengakui, kebanyakan rakan setugasnya turut terdiri daripada graduan sarjana muda daripada pelbagai jurusan pengajian.

“Walaupun kami rela melakukan apa sahaja pekerjaan yang halal, kerajaan diharapkan masih mampu menimbangkan kelayakan gaji minimum RM2,500 sebulan.

“Kami juga amat berharap agar ada kekosongan jawatan di pelbagai jabatan atau agensi berkaitan kerajaan (GLC) yang lebih terjamin,” tambahnya.

Sharmila Rahmat, 26 pula terpaksa berpuas hati dengan pekerjaan sebagai seorang juruwang di sebuah restoran, walaupun memiliki kelulusan dalam peringkat sarjana muda.

“Sebagai seorang graduan yang bertungkus lumus menamatkan pengajian, pastinya menjadi impian kami untuk mendapatkan pekerjaan setimpal dengan kelulusan.

“Saya percaya semua graduan mengimpikan yang sama namun pandemik COVID-19 menyebabkan ia tinggal sekadar satu angan-angan,” katanya.

Keadaan lebih parah jelas Sharmila, apabila ada pihak menggunakan khidmat ‘orang dalam’ bagi mendapatkan pekerjaan yang dihajati walaupun tidak berkelayakan.

“Kerana penggunaan ‘orang dalam’ ini, pekerjaan yang sepatutnya boleh diisi graduan berkelayakan lesap begitu sahaja,” katanya kesal.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk segera mengadakan sidang Parlimen, bagi membiincangkan secara serius isu pemberian gaji minimum di kalangan graduan.

Merujuk kepada kenyataan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, beliau yang juga Presiden PKR berkata, ramai graduan hanya menerima gaji permulaan sekitar RM1,100 hingga RM1,500, sedangkan kos sara hidup melebihi jumlah itu.

"Laporan tersebut menunjukkan bahawa sebanyak 70 peratus graduan pada tahun 2020 hanya memperolehi pekerjaan dengan upah di bawah garis kemiskinan.

“Senario ini amat membimbangkan kerana ia mencakupi sejumlah 75,000 siswazah yang masih menganggur sejak tahun lalu,” katanya menerusi satu hantaran video di akaun Facebook rasmi miliknya.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menambah, aliran upah seperti ini telah berterusan selama lebih 10 tahun dan kerajaan tidak boleh hanya berpegang atau menyalahkan pandemik COVID-19 semata-mata.

“Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sekarang masih belum mampu untuk memastikan ekonomi Malaysia berkembang, apabila tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang bersesuaian.

 “Tanpa langkah reformasi dan perubahan, akan menyebabkan pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia kerana melihat pentadbiran di bawah kerajaan PN sangat lemah dan mundur,” tegasnya.

Fenomena itu jelas beliau, akan mendorong pelabur sedia ada berpindah ke negara lain, sekali gus menjadikan peluang pekerjaan untuk siswazah semakin terhapus.

“Apabila ini berlaku, anak muda yang terlibat dalam bidang profesional akan terdorong untuk berhijrah ke negara lain bagi mencari peluang pekerjaan, sekali gus memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Lebih memualkan apabila ada di kalangan pemimpin yang membincangkan tentang kedudukan upah yang harus diterima baik oleh siswazah kerana ia jelas menunjukkan, mereka tidak ada belas kasihan kepada golongan ini yang terpaksa bersusah payah demi mendapatkan satu kehidupan lebih selesa,” tegasnya.

Katanya, keadaan itu membuktikan bahawa kepimpinan yang ada tidak mengambil serius masalah dihadapi oleh siswazah, yang sehingga kini berdepan dengan gaji rendah dan sukar untuk mendapat peluang pekerjaan di Malaysia.

“Ada juga di kalangan pemimpin yang pada ketika ini dilihat tidak melakukan kerja, tetapi masih mendapat gaji yang besar dengan cara yang amat mudah.

“Tetapi anak-anak muda dan graduan lepasan belajar tidak mendapat sebarang bantuan serta hanya dibiarkan menerima gaji rendah,” katanya. – Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

3

Politik 4 hari yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Semasa 43 minit yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

oleh Wartawan Getaran