web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: Pelepasan Cuti Mudahkan Urusan Penuntut IPT Pulang Mengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pelepasan cuti selama lima hari bermula 17 November oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dilihat dapat memudahkan urusan pelajar untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ahmad Qayyum Mohd Ayob, 19, berkata kelonggaran itu juga sekali gus dapat memberikan peluang kepada pelajar memenuhi kewajipan untuk mengundi tanpa perlu memohon pelepasan khusus dari pihak universiti.

“Dengan adanya pelepasan cuti secara rasmi ini, tiada alasan lagi kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) tidak merebut peluang ini bagi pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi.

“Malah, saya juga akan pulang ke kampung halaman di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan bagi menjalankan tanggungjawab ini untuk menentukan pemimpin yang bakal mencorakkan negara selepas ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Bernama hari ini melaporkan, KPT memberi pelepasan selama lima hari bermula 17 November ini kepada pelajar untuk pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi pada PRU-15.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar selepas surat edaran mengenai pelepasan pelajar IPT untuk pulang mengundi yang ditandatanganinya tular di media sosial hari ini.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Muhammad Saiful Amirul Shahrul Nizam, 23, berkata pelepasan cuti yang diberikan itu bersesuaian buat pelajar IPT untuk melakukan persiapan serta merancang perjalanan pulang.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan Pelancongan itu berkata, jika mengikut kebiasaannya sebelum ini cuti diberikan hanya sehari kepada pelajar universiti untuk pulang mengundi bagi PRU, satu tempoh dilihat amat singkat selain membebankan pelajar.

“Saya menyambut baik pelepasan yang diberikan oleh pihak KPT ini memandangkan dengan adanya pelepasan yang lebih lama ini sekurang-kurangnya ia dapat membantu pelajar melakukan persiapan termasuk urusan perjalanan pulang ke kampung halaman untuk mengundi dengan lebih teratur dan terancang.

“Malah pelepasan ini juga secara tidak langsung dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk meluangkan masa dengan keluarga terutamanya ibu bapa sekali gus menjadi serampang dua mata selain pulang untuk mengundi,” katanya yang berasal dari Perak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad