Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


DAP Gesa Turunkan Harga Semua Tiket Pengangkutan Awam Sempena PRU-15

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 9:03PM

DAP menggesa supaya tiket pengangkutan awam diturunkan sempena PRU-15 ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memastikan syarikat penerbangan menambah kekerapan waktu perjalanan dan menurunkan harga tiket kepada kadar paling minimum sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah, kerajaan juga perlu memastikan syarikat penyedia pengangkutan lain menjual tiket pada harga paling murah bagi keperluan sama.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim berkata, tindakan tersebut adalah bagi membolehkan rakyat pulang ke kawasan masing-masing untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi, selain menjalankan tanggungjawab mengundi.

Bagaimanapun, katanya, sebaik pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tarikh mengundi ditetapkan pada 19 November, harga tiket kapal terbang didapati meningkat beberapa kali ganda.

Steven Sim
Steven Sim

“Saya menggesa agar kerajaan sementara mengarahkan supaya harga tiket penerbangan serta pengangkutan awam lain diturunkan ke harga minimum untuk membolehkan rakyat Malaysia pulang mengundi.

“Selain itu, bilangan penerbangan juga harus ditambah untuk tempoh tersebut. 

“Langkah ini amat penting, terutama untuk rakyat Malaysia di luar kawasan mengundi mereka, khususnya melibatkan Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tegas beliau, tindakan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menasihati pengundi untuk membeli tiket penerbangan lebih awal adalah tidak masuk akal, malah tidak bertanggungjawab kerana harga tiket terus melambung hanya dalam beberapa jam selepas pengumuman SPR tersebut.

“Sebagai contoh, harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah yang sekitar RM200 sebelum tarikh hari mengundi, naik didakwa dalam lingkungan RM400 hingga RM500 sehala. 

“Dakwaan kenaikan harga ini bukan sahaja melibatkan Sabah dan Sarawak, malah semua destinasi utama penerbangan dalam negara, termasuk Johor Bharu, Kota Bahru dan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memastikan harga tiket penerbangan dikekalkan pada harga minimum pada musim perayaan.

“Contohnya, harga tiket dari Kuala Lumpur ke Sabah bermula pada harga RM169 sehala, manakala ke Sarawak bermula pada RM149 sehala.

“Ini bukan masanya untuk mengaut keuntungan atas semangat patriotisme rakyat Malaysia. Saya menyeru syarikat penerbangan melaksanakan kewajipan sebagai warganegara korporat yang bertanggungjawab untuk sama-sama mendukung proses demokrasi Malaysia,” tegasnya. - Getaran, 21 Oktober 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji

Sukan 17 jam yang lalu

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

Semasa 15 jam yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki