web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Buat Fitnah, PM Mesti Tarik Balik Kenyataan Isu Pengampunan Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 7:32PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa menarik balik kenyataan mempersoalkan keabsahan pengampunan Diraja kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Biro Guaman PKR, Sivarasa Rasiah berkata, tindakan terbabit tidak bertanggungjawab berikutan ia hanyalah fitnah yang mahu dijadikan ‘peluru politik’ oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO bagi menjatuhkan PH.

Menurutnya, Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sewajarnya wajib menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

 Sivarasa Rasiah
Sivarasa Rasiah

“Beliau (Perdana Menteri) sepatutnya memberitahu hadirin bahawa semua isu beliau sebut itu telah dibangkitkan dalam perbicaraan mahkamah di mana keabsahan pengampunan itu dipersoal.

“Dalam kes itu, Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2020 dan Mahkamah Rayuan pada 21 September 2021, menolak kes yang mempertikai keabsahan pengampunan Anwar dan memutuskan bahawa kesemua isu perundangan disebut Ismail Sabri di himpunan itu, tidak berasas langsung,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri ketika acara Perdana BN di Bagan Datuk, Perak, baru-baru ini berkata, isu keabsahan pengampunan Diraja terhadap Anwar antara ‘peluru’ boleh digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk melawan pembangkang

Perdana Menteri berkata, BN perlu membangkitkan persoalan itu kerana ia diberikan sebaik sahaja PH menjadi kerajaan dan ketika tiada peguam negara.

Mengulas lanjut, Sivarasa berkata, kenyataan itu membuktikan walaupun Ismail Sabri adalah seorang peguam, pengalamannya amat minima, berbanding Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan.

Menurut Penyandang Ahli Parlimen Sungai Buloh itu, Yang di-Pertuan Agong berhak mengurniakan pengampunan kepada Presiden PKR tersebut pada ketika itu, berikutan sudah menjalani lebih 90 peratus hukuman penjara lima tahun, disusuli dengan hukuman diringankan.

“Mantan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali, tidak ‘dipecat’ pada ketika itu, tetapi diminta Perdana Menteri untuk bercuti pada 14 Mei 2018. Di mahkamah, surat bertarikh itu ditunjukkan di mana Apandi mewakilkan fungsinya di dalam Lembaga Pengampunan kepada Peguam Cara Negara, Datuk Zauyah Loth Khan. 

“Saya sendiri ingat perbincangan dengan peguamcara negara berkenaan tarikh pendengaran permohonan pengampunan pada waktu itu. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tindakan mewakilkan itu adalah sah di sisi undang-undang,” katanya.

Lantaran itu, sekiranya Perdana Menteri masih membisu, Sivarasa menegaskan ia akan membuktikan Ismail Sabri cuba melakukan pembohongan dengan membangkitkan isu politik secara dusta dan salah, seolah-olah mahkamah tidak pernah memutuskan perkara tersebut sebelum ini.

“Isu berkaitan ketidakhadiran Menteri Wilayah Persekutuan juga ditolak kedua-dua mahkamah, yang memutuskan bahawa Tun Dr Mahathir seperti diperinci di dalam warta berkenaan, turut memegang kuasa semua Kementerian (yang juga merupakan amalan standard) sehingga keanggotaan penuh Jemaah Menteri dilantik.

“Amalan itu tidak logik, sekiranya tidak Perdana Menteri lantikan Yang di-Pertuan Agong tidak akan mempunyai kuasa untuk mengarahkan semua Ketua Setiausaha di setiap kementerian sehingga Kabinet penuh dilantik,” katanya. - Getaran, 21 Oktober 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad