web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ingat Mati, Jauhi Penyakit Al-Wahnu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 3:33PM

Umat Islam diingatkan supaya bermuhasabah diri dan menginsafi jika ‘menghidap’ penyakit al-wahnu. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Umat Islam diingatkan supaya bermuhasabah diri dan menginsafi jika ‘menghidap’ penyakit al-wahnu atau taksub mengejar nikmat dunia serta isinya sehingga melupakan kehadiran hari akhirat.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam teks khutbah Jumaat hari ini menyatakan, Nabi Muhammad SAW ketika menceritakan keadaan kelemahan umat Islam akhir zaman, bersabda umat di zaman tersebut akan ditimpa penyakit al-wahnu.

Menurut teks khutbah tersebut, Baginda menjelaskan bahawa al-wahnu adalah penyakit cinta dunia dan takut mati dengan bermaksud terlalu taksub mengejar nikmat dunia dan isinya sehingga melupakan akhirat.

“Islam ialah agama yang menggalakkan umatnya berusaha untuk mencapai kejayaan kehidupan dunia, namun jangan sampai melupakan akhirat yang kekal. 

“Oleh itu, hendaklah kita bermuhasabah, adakah kita termasuk orang yang mendahulukan tuntutan ibadah yang diwajibkan berbanding kerja duniawi? Adakah kita berhenti melakukan kerja dan urusan, sebaik mendengar azan menyeru kita mendirikan solat? Adakah kita mengumpul kekayaan dengan menipu, mencuri, mengingkari janji, mengambil riba atau lebih dahsyat lagi mengkhianati amanah dan melakukan rasuah?

“Jika jawapannya ya, maka kita sebenarnya tergolong dalam kumpulan yang disebut Nabi Muhammad SAW menghidapi penyakit al Wahan. Insaflah,” katanya dalam Khutbah Jumaat bertajuk ‘Mengingati Mati’ hari ini.

Tegasnya, penyakit yang terlalu taksub dan keterlaluan mencintai dunia, akan menyebabkan manusia melupakan akhirat, sekali gus akan menjerumuskan mereka ke dalam neraka jahanam menghadapi perit dan azab seksaan dibakar api neraka.

Oleh demikian, umat Islam yang terjebak dengan penyakit tersebut diingatkan supaya memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat.

“Menurut Imam al Ghazali, syarat taubat hendaklah dimulakan dengan penyesalan akan perbuatan dosa, sekali gus berazam meninggalkannya, lalu digantikan dengan amalan soleh, jika telah melakukan kezaliman yang melibatkan hak orang lain, taubat hendaklah disusuli dengan mengembalikan hak tersebut dan memohon maaf.

“Kepada yang berhutang, berusahalah melunaskan hutang kerana ia juga akan menjadi penghalang untuk kita mendapat balasan syurga di akhirat,” katanya.

Menurut teks khutbah tersebut lagi, selain bertaubat, umat Islam diingatkan supaya memperbanyakkan bertadabbur atau membaca dan mengambil pengajaran daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW tentang kematian, selalu menziarahi orang sakit, melakukan solat jenazah dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. 

“Ziarahlah kubur kerana perbuatan tersebut adalah antara suruhan Nabi untuk mengingati mati,” katanya. – Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aduh Buat Hal La Motor Ni...

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Bersenjata Api Disyaki Penjenayah Maut Ditembak

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar