web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pekerja Perlu Diberi Cuti Bergaji Untuk Mengundi - MEF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 2:15PM

MEF berkata syarikat perlu memberi cuti bergaji kepada pekerja mereka untuk mengundi pada hari pengundian 19 November ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat atau majikan perlu memberi cuti bergaji kepada kalangan pekerja mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk menunaikan tanggungjawab itu pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata perkara itu terpakai kepada majikan yang menetapkan 19 November 2022 sebagai hari bekerja atau yang melaksanakan sistem giliran atau syif.

“Pekerja yang merupakan pemilih berdaftar dan dijadualkan bekerja pada sebelah siang bagi syif 12 jam hendaklah diberi masa yang munasabah untuk mereka mengundi pada hari pengundian 19 November 2022,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata bagi majikan yang menetapkan 19 November 2022 sebagai hari cuti atau hari rehat maka, pekerja yang merupakan pengundi berdaftar bebas melaksanakan hak mereka sebagai pemilih pada hari pengundian dan tidak ada keperluan untuk majikan memberikan hari rehat tambahan.

Syed Hussain berkata selain itu mungkin terdapat keadaan apabila pekerja yang merupakan pemilih berdaftar perlu membuang undi di pusat pengundian yang terletak di luar stesen kerja dan 19 November 2022 adalah hari bekerja biasa bagi pekerja tersebut.

“Justeru adalah munasabah untuk syarikat menghendaki pekerja tersebut memohon cuti tahunan/cuti tanpa gaji bagi tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata bagi pekerja yang merupakan pengundi berdaftar dan perlu membuang undi melalui undi pos pada 15 November 2022 masa yang munasabah harus diberikan kepada mereka yang bekerja pada hari tersebut untuk membolehkan mereka mengundi secara undian pos.

Beliau berpandangan semua langkah itu sebagai satu kewajipan yang adil dan munasabah yang dikenakan ke atas majikan untuk memastikan semua pekerja yang merupakan pengundi berdaftar diberi peluang sewajarnya untuk mengundi. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad