web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kempen PRU-15: Kenapa Anwar Boleh Tapi Najib Tak Boleh? - Nooryana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 11:19AM

Nooryana mempersoalkan mengapa bapanya tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa kenyataan dan berkempen dari penjara mengenai PRU-15. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Anak mantan Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib, mempersoalkan mengapa bapanya tidak dibenarkan mengeluarkan apa-apa kenyataan dan berkempen dari penjara mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Nooryana atau lebih mesra disapa Yana berkata, ia berbeza dengan tindakan dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang giat berkempen untuk isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada tahun 2015, walaupun ketika itu beliau dipenjarakan.

“Kenapa Anwar boleh tapi Najib tak boleh?

“Adakah sebab namanya Najib,” soalnya menerusi hantaran di Instagram.

Yana turut memuatnaik dua petikan berita, masing-masing bertajuk ‘Anwar Kempen Dari Penjara’ dan ‘Najib Tak Boleh Keluar Kenyataan, Berkempen Dari Penjara’.

Semalam, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim dilaporkan berkata, mereka yang sedang menjalani hukuman di penjara tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan untuk tujuan berkempen sempena PRU-15.

Katanya, larangan itu turut termasuk ke atas Najib.

“Setakat ini apa-apa kenyataan yang mahu dikeluarkan oleh banduan dalam penjara... sememangnya tidak dibenarkan.

“Jabatan Penjara tiada kena mengena dengan politik dan kami hanya laksanakan tanggungjawab waima apa pun kerajaan yang memerintah. Sebarang surat mahu dihantar kepada keluarga, dokumen atau apa jua urusan, akan ditapis terlebih dahulu pihak Jabatan Penjara,” katanya.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati peguam pembelaan Najib, sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah. – Getaran, 21 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran