web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Rakyat Tidak Perlu Khuatir, Kerajaan Ada Peruntukan Untuk Laksana - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 5:32PM

Tengku Zafrul - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Rakyat tidak perlu khuatir dengan Bajet 2023 berjumlah RM372.3 bilion yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah negara kerana kerajaan mempunyai peruntukan untuk melaksanakannya, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata setiap belanjawan yang dirancang oleh kerajaan adalah berdasarkan unjuran hasil tahunan yang akan diterima negara pada tahun tersebut.

“Itu adalah unjuran hasil. Seandainya kita tiada duit, market akan crash (menjunam jatuh), ringgit akan jatuh tengoklah apa yang berlaku kepada United Kingdom.

“Sekiranya rakyat tiada keyakinan terhadap Bajet 2023 terutamanya pasaran kewangan dan dalam kalangan pelabur sudah pasti kita sudah tahu ... tapi setakat ini tiada (tiada keyakinan terhadap Bajet 2023),” katanya selepas majlis pelancaran Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia negeri Selangor di Puncak Alam, di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Rakyat tidak perlu gundah-gulana ... seperti biasa, bajet yang disediakan pada tahun 2020, 2021, 2022, 2023 memang ada peruntukan untuk bajet pada tahun tersebut untuk dilaksanakan,” katanya.

Ditanya adakah Bajet 2023 yang dibentangkan beliau pada 7 Oktober lepas akan mempunyai perubahan jika dibentangkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti beliau berkata: “Semuanya bergantung kepada keputusan Kabinet kelak.”

Terdahulu, Tengku Zafrul dalam ucapannya berharap para usahawan akan merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan apabila tiba waktu Bajet 2023 dilaksanakan.

“Bajet ini sememangnya ada berita baik untuk usahawan. Bagi merancakkan dan membina daya tahan sektor perniagaan, kerajaan telah mencadangkan untuk menambah baik program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45 bilion.

Beliau berkata sejumlah RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut tersedia khas sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil.

Kerajaan juga bercadang memberikan geran ‘one-off’ sebanyak RM1,000 kepada semua syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdaftar dengan kira-kira satu juta perniagaan bakal menerima manfaat ini dengan peruntukan keseluruhan RM1 bilion, katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berharap pelaksanaan Bajet 2023 akan ada kesinambungannya dan dapat diluluskan.

“Kita semua harap bajet yang dibentangkan akan diluluskan dan dilaksanakan pada tahun depan, kalau boleh dilaksanakan ... Alhamdulillah.

“Segenap lapisan usahawan akan mendapat faedah,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gaza: 700,000 Rakyat Palestin Kini Diancam Kebuluran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran