web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengguna Rokok Elektronik, Vape Berisiko Alami Kecederaan Paru-Paru

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 2:49PM

Khairy Jamaluddin berucap pada Majlis Pelancaran Panduan Amalan Klinikal Pengurusan ‘E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury’ (EVALI) di kementeriannya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Dakwaan kononnya penggunaan rokok elektronik atau vape tidak memudaratkan perlu diperbetulkan kerana pengguna bahan itu berisiko mengalami kecederaan paru-paru atau E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata EVALI mula didiagnosis pada 2019 di Amerika Syarikat dengan 2,800 kes kecederaan paru-paru dan 68 kematian disahkan melibatkan penggunaan rokok elektronik dan vape.

Bagi kes EVALI di Malaysia pula, beliau memaklumkan dua kes dilaporkan pada 2019, lapan pada 2021 manakala empat kes direkodkan dalam tempoh Jun hingga September lepas.

“EVALI adalah benda serius dan jangan ada orang pertikai EVALI ini… ada sesetengah pihak contohnya pihak industri kata tidak wujud EVALI.

“Kita tahu ada bukti saintifik yang vape ini bukan perkara yang datang tanpa mudarat. Kita juga tidak tahu apa yang ada dalam cecair vape itu,” katanya ketika berucap melancarkan Panduan Amalan Klinikal Pengurusan EVALI di sini hari ini. 

Khairy berkata berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2019, terdapat kira-kira 1.1 juta pengguna rokok elektronik atau vape di Malaysia.

Katanya terdapat dua kriteria utama yang perlu ada bagi diagnosa EVALI iaitu sejarah pendedahan kepada rokok elektronik atau vape dan terdapat perubahan radiologi pada x-ray atau CT-Scan paru-paru.

“Pengesanan dan rawatan awal boleh diberikan kepada pesakit yang disahkan menghidap EVALI supaya komplikasi jangka panjang dapat dikurangkan dan seterusnya mengurangkan kos rawatan. Anggaran kos bagi merawat seorang pesakit EVALI yang dimasukkan ke hospital selama empat hari adalah sebanyak RM50,297.37,” katanya.

Khairy berkata penggunaan rokok elektronik atau vape juga boleh menyebabkan gejala selain gejala pernafasan seperti kebas anggota badan, berdebar-debar dan halusinasi.

“Keadaan ini sangat berisiko dan dapat meningkatkan kadar morbiditi dan kematian,” katanya menambah, Kementerian Kesihatan (KKM) kini memantau kes-kes gejala pernafasan berkaitan penggunaan rokok elektronik.

Mengenai Panduan Amalan Klinikal Pengurusan EVALI KKM, beliau berkata antara perkara yang dinyatakan di dalam panduan amalan klinikal itu termasuklah kriteria diagnosis, isu berkaitan analisis makmal, rawatan yang dapat diberikan serta panduan nasihat dan rujukan pesakit.

“Beberapa bahan lain turut dibekalkan seperti rujukan cepat saiz poket 8 muka surat, modul latihan dan panduan dalam memberikan latihan serta ceramah melalui berbagai platform media,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Benarkah Mandi Bunga Beri Kesan Positif Pada Badan Atau Sekadar Mitos?

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar