web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wartawan Berhak Lindungi Identiti Sumber – GERAMM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 5:46PM

Farrah Naz Karim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua wartawan berhak melindungi identiti sumber berita masing-masing jika perlu, termasuk tidak menjawab soalan yang mungkin mendedahkan mereka kepada tindakan perundangan.

Jurucakap Gerakan Media Merdeka (GERAMM) berkata, jaminan hak kebebasan akhbar perlu dipertahan, khususnya dalam isu melibatkan keselamatan negara dan kepentingan awam.

Menurut beliau, pihak polis juga sewajarnya memaklumkan tujuan mereka memanggil mana-mana wartawan atau pengamal media, bagi membolehkan individu terbabit membuat persiapan diperlukan, termasuk menyediakan perkhidmatan guaman jika perlu.

“Individu yang dipanggil berhak untuk mengatur pertemuan mengikut kesesuaian waktu dan lokasi mereka (at their convenience), terutama mengambil kira kesibukan wartawan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Sekali lagi pihak polis telah bertindak untuk meminta wartawan hadir ke balai tanpa menjelaskan alasan sebenar, sama ada akan disoal sebagai saksi untuk membantu siasatan atau sebaliknya,” katanya hari ini.

Akhbar News Straits Times hari ini melaporkan, Pengarang Kumpulan mereka, Farrah Naz Karim, telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 1 tengah hari tadi susulan pendedahan mengenai operasi ejen perisik Israel, Mossad di Malaysia.

Isnin lalu, akhbar berkenaan mendedahkan bahawa Mossad merancang menculik dua rakyat Palestin berprofil tinggi yang dipercayai memiliki kaitan dengan pertubuhan Hamas di Jalan Yap Kuan Seng bulan lepas.

Dalam insiden pada 28 September itu, sekumpulan rakyat tempatan termasuk seorang wanita memainkan peranan sebagai ejen Israel untuk menculik dua rakyat Palestin tersebut yang berpangkalan di Malaysia.

Misi bagaimanapun dianggap gagal apabila seorang daripada mangsa berjaya melepaskan diri dan membuat laporan polis.

Tindakan pantas pihak berkuasa berjaya menemui lokasi kesemua ejen tersebut bersembunyi dan mangsa berjaya diselamatkan.

Mengulas tindakan terhadap Farrah Naz, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassin berkata, ia adalah prosedur biasa untuk membantu siasatan.

Katanya, Farrah Naz tidak disiasat, sebaliknya hanya diminta membantu siasatan yang sedang berjalan. – Getaran, 19 Oktober  2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad