web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Subkontraktor DASH Tidak Dibayar: ‘Tuntutan Ini Akan Diperhalusi Berdasarkan Perjanjian’ - PROLINTAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 10:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang tuntutan, pertikaian dan dakwaan tunggakan yang belum dilunaskan kepada segelintir subkontraktor Projek Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan diperhalusi menerusi proses termaktub menerusi perjanjian kontrak.

Jurucakap Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) berkata, ia akan diteliti secara terperinci bagi memberi keadilan kepada semua pihak, termasuk proses timbang tara di antara kontraktor utama, Turnpike Synergy Sdn Bhd (Turnpike) dan kontraktor pakej kerja (KPK).

“Memandangkan pembinaan DASH telah pun siap sepenuhnya, status penyiapan lebuh raya itu adalah dalam tempoh liabiliti kecacatan. Perakuan akaun muktamad dikeluarkan setelah kesemua tuntutan bayaran akhir KPK diperhalusi dan diperakui Turnpike, perunding dan KPK.

“Oleh demikian, sekiranya subkontraktor ataupun mana-mana pihak mendakwa terdapat bayaran masih belum dijelaskan KPK, pihak sub-kontraktor tersebut sewajarnya merujuk kepada terma kontrak di antara KPK dan sub-kontraktor tersebut bagi mencari jalan penyelesaian.

“Turnpike pada setiap masa komited untuk menyelesaikan sebarang isu dan pertikaian berpandukan terma kontrak serta piawaian tadbir urus korporat yang telus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk segera mengadakan pertemuan dengan pemegang konsesi dan kontraktor utama, berhubung isu tunggakan pembayaran kepada kontraktor mengenai pembinaan DASH.

Menurut KKR, pertemuan itu juga perlu dihadiri subkontraktor yang terjejas akibat daripada tunggakan pembayaran kepada mereka.

Katanya, ia perlu dilakukan bagi memastikan segala pembayaran tertunggak diselesaikan secepat mungkin, seperti diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, jurucakap PROLINTAS berkata, Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (PLDASH) adalah syarikat konsesi bagi lebuh raya itu yang melantik Turnpike sebagai kontraktor utama.

Menurutnya, kerja pembinaan DASH diagihkan kepada lapan KPK oleh Turnpike melalui proses tender terbuka, sebelum pihak tersebut melantik pelbagai syarikat subkontraktor dan pembekal bagi tujuan menyiapkan kerja pembinaan lebuh raya tersebut.

“Turnpike membuat bayaran kepada KPK selepas mendapat perakuan dan pengesahan daripada Perunding Jurutera Utama dan Perunding Juruukur Bahan (Perunding) melalui Sijil Perakuan Interim Pembayaran.

“Segala tuntutan daripada KPK disemak, diteliti dan disahkan melalui proses telus serta berpandukan terma kontrak mengikut peratusan kerja disiapkan.

“Syarikat itu juga sudah melaksanakan kewajipan sebagai kontraktor utama yang bertanggungjawab dengan membuat bayaran ke atas segala tuntutan diperakukan, disahkan dan dipersetujui bersama KPK dan perunding tersebut di atas,” katanya.

Dalam pada itu, PROLINTAS menegaskan, Turnpike juga sudah mengambil pelbagai inisiatif bagi membantu KPK dengan membuat pembayaran dalam tempoh 30 hari, berbanding terma kontrak iaitu selama 60 hari.

“Pembayaran terus kepada sub-kontraktor tertakluk kepada kebenaran daripada KPK serta dilakukan dua kali sebulan untuk membantu aliran tunai KPK dan subkontraktor, demi melaksanakan pembinaan DASH dengan sebaiknya,” katanya.

Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya hutang kepada segelintir subkontraktor projek Lebuhraya DASH belum dibayar sehingga menyebabkan kesukaran komuniti terlibat.

Peguam mewakili subkontraktor terbabit, Mathew Thomas Philip berkata, beliau akan membantu mereka mendapatkan kembali hutang didakwa lebih RM80 juta.

DASH dibuka secara rasmi pada 14 Oktober lalu dengan pelancarannya disempurnakan Ismail Sabri.

Lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer (km) itu menghubungkan tiga lebuh raya utama melalui Koridor Guthrie (GCE); Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT). - Getaran, 18 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Peniaga Didaftar Bawah Program ReDI Tahun Ini - Fuziah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Subkontraktor DASH Berdepan Kebankrapan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit Di 5 Lebuh Raya September Ini

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad