web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penalti Cukai RM1.74 Bilion, Najib Enggan Bayar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 2:04PM

Najib Razak - Gambar fail Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan membayar penalti cukai tambahan berjumlah RM1.74 bilion yang dikenakan ke atasnya, selepas menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 5 April lalu.

“Jangan harap nak kutip penalti cukai tambahan RM1.74 bilion yang tak wajar dari saya sebab saya tiada wang sebanyak RM1.74 bilion untuk bayar,” katanya dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

Kerajaan pada Jun tahun lalu melalui LHDN telah memfailkan tuntutan saman terhadap Ahli Parlimen Pekan itu, pada kadar faedah lima peratus tahunan bermula daripada tarikh penghakiman, serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutannya LHDN berkata, Najib gagal membayar cukai pendapatan untuk tahun 2011 hingga 2017 dalam jangka waktu 30 hari yang ditetapkan, setelah notis taksiran dikeluarkan.

Susulan kegagalan itu, jumlah hutang berkenaan meningkat sebanyak 10 peratus setiap tahun.

Difahamkan kes terbabit telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Kuala Lumpur pada 5 Mei ini.

Dalam perkembangan sama, Najib turut mengulas mengenai kutipan cukai langsung LHDN pada tahun 2018 dan 2019, yang menurutnya adalah jauh lebih tinggi berbanding tahun 2017.

“Ketika itu, ramai yang mengadu bahawa LHDN terlalu agresif mengutip cukai daripada rakyat semasa ekonomi semakin menurun, susulan tindakan kerajaan yang ingin menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), selepas dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Semasa ekonomi berkembang pesat pada tahun 2017 sebelum PRU14, kutipan cukai LHDN adalah sebanyak RM123 bilion. Jumlah kutipan naik ke lebih RM140 bilion pada tahun 2019 walaupun pertumbuhan ekonomi jatuh ke paling rendah sejak 10 tahun lalu masa itu dan terus menjunam ke RM123 bilion tahun 2020 akibat pandemik COVID-19.

Bekas perdana menteri itu juga memberi ingatan, beberapa sektor utama negara seperti sektor penerbangan dan sektor pelancongan masih lumpuh.

Pada 12 April lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19. - Getaran, 15 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad