web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hentikan Politik Tidak Matang, Syed Saddiq Harus Minta Maaf!

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 9:18AM

Onn Hafiz Ghazi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) mendesak Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta maaf kepada UMNO dan gabungan itu secara terbuka dengan kadar segera.

Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum (PRU) BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ini susulan tuduhan Syed Saddiq kononnya gangguan sekumpulan ‘mat motor’ ketika ceramah mega Pakatan Harapan (PH) di Muar, kelmarin didalangi parti itu.

Menurut beliau, tuduhan melulu dan tidak berasas itu telah memberikan imej buruk kepada UMNO dan BN.

"Selaku Pengarah Operasi PRU BN Johor, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melampau Syed Saddiq yang seolah-olah ingin memberikan imej buruk kepada UMNO dan BN.

"Malahan, tuduhan yang tidak berasas ini juga dinafikan oleh Ketua Pemuda UMNO Muar, Mohd Helmy Abd Latif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau berkata, Syed Saddiq yang juga penyandang Parlimen Muar harus bertanggungjawab atas tuduhan melulu dan provokasi demi menyemarakkan perasaan benci rakyat terhadap UMNO dan BN.

“Saya mengamati secara teliti apa yang dikatakan oleh Syed Saddiq dalam video yang tular semalam. Dalam ucapannya, beliau secara melulu tanpa usul periksa apatah lagi bukti dan saksi, memfitnah UMNO dan BN mencetuskan kekecohan di ceramah itu.

“Hentikan politik tidak matang! Saya mendesak beliau untuk meminta maaf kepada orang UMNO dan BN secara terbuka dengan kadar segera!” tegasnya.

Semalam, Pemuda UMNO Bahagian Muar telah membuat laporan polis selain mahu mengambil tindakan saman terhadap dakwaan Syed Saddiq bahawa pihaknya mengganggu ceramah dihadiri beliau malam kelmarin.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar, Mohd Helmy Abd Latif berkata, Syed Saddiq mendakwa Pemuda UMNO telah membuat provokasi dan gangguan semasa gilirannya berucap dalam ceramah yang berlangsung kelmarin.

Sementara itu, MUDA Johor menafikan dakwaan gangguan sekumpulan ‘mat motor’ yang mencetuskan provokasi semasa ceramah mega PH  di Muar kelmarin, sebagai gimik politik parti itu.

Pengerusi MUDA Johor, Azrol Rahani, berkata tuduhan berkenaan tidak berasas dan berniat jahat.

Sehubungan itu, katanya laporan polis sudah dibuat MUDA Bahagian Muar semalam berikutan, provokasi itu selain bagi menafikan pembabitan MUDA yang didakwa membuat gimik politik.

"Kami ada segala rakaman dan gambar mereka yang melakukan kekecohan itu dan sudah diserahkan kepada polis ketika membuat laporan semalam.

"Ia bagi memudahkan polis menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab mengarah atau menggaji mereka yang terbabit dalam provokasi itu kelmarin,” katanya.

Azrol turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan membuat kekecohan dan mengganggu keselesaan penduduk Muar yang hadir ke ceramah tersebut.

“Ada pihak pula yang mendakwa, ini gimik politik MUDA, tuduhan ini tidak berasas dan jahat. Kami serahkan kepada polis bagi membuat siasatan mengesan dalang sebenar," katanya. – Getaran, 18 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad