web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Takiyuddin, Rina Perlu Jawab Spekulasi Kahwin, 'Kalau Betul Apa Salahnya'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 7:01AM

Takiyuddin Hassan dan Rina Harun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan rakan Kabinetnya, Datuk Seri Rina Harun perlu membuka mulut mengenai gosip perkahwinan mereka yang kembali hangat diperkatakan baru-baru ini.

Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, penjelasan daripada kedua-dua pemimpin itu adalah jalan terbaik untuk meleraikan pelbagai tafsiran yang timbul ketika ini.

“Gosip perkahwinan itu lebih kurang kisah peribadi mereka tetapi disebabkan kedua-duanya menteri dalam kerajaan, jadi saya rasa eloklah (gosip perkahwinan) diperjelaskan kepada umum.

“Sebagai orang politik mereka adalah milik awam walaupun perkara itu sebenarnya terlalu peribadi, tapi dalam konteks Malaysia, isu peribadi itu juga dianggap sebahagian daripada politik semasa,” katanya kepada Getaran.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

Menurut beliau, sekiranya Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS dan Rina (Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) terus berteka-teki mengenai perkara tersebut, ia dikhuatiri akan menjejaskan imej politik mereka.  

“Kalau betul apa salahnya. Kalau salah ini menjawab segala tohmahan, fitnah menggunakan political assassin yang boleh menjejaskan karier politik mereka dan juga parti masing-masing.

“Jadi kedua-duanya patut buka mulut. Kenapa perlu sembunyikan perkara yang baik. Perkahwinan adalah satu ikatan yang sah dan patut diuar-uarkan kepada umum,” katanya.

Beliau berkata, jika perkara itu tidak benar, mereka patut menafikannya dan menfailkan saman terhadap pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Politik Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, gosip liar itu tidak akan memberi impak besar kepada PAS khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, khabar angin membabitkan Takiyuddin dan Rina hanyalah isu terpencil dan hanya bersifat serangan peribadi.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

“Saya rasa rakyat tak tumpu sangat isu peribadi, mereka lebih fokus perkara dasar. Sebab sekarang bila saya tanya pengundi muda amnya, mereka hanya memberi tumpuan kepada isu dasar.

“Isu peribadi ni saya tak tahulah tapi kalau kahwin apa salahnya, beritahu sajalah dah kahwin.  Bagi saya, isu ini sengaja dibangkitkan kerana ia mungkin jadi rahsia mereka,” katanya.

Ujarnya lagi, isu tersebut mungkin memberi imej tidak baik kepada Takiyuddin sekiranya beliau masih lagi bertanding pada PRU-15.

“Isu ini mungkin beri sedikit kesan kepada pengundi di kawasan Takiyuddin kalau beliau bertanding lagi di Parlimen Kota Bharu.

“Tapi ia tidak beri kesan kepada PAS secara keseluruhannya kerana ia hanyalah isu kecil. Namun yang tak bagusnya ia mengaibkan kedua-dua pemimpin itu,” katanya.

Malah Azizuddin berkata, kedua-dua pemimpin berkenaan mempunyai hak sama ada mahu mengesahkan atau mengambil sikap berdiam diri mengenainya.

“Itu hak mereka sama ada nak declare atau sebaliknya. Tapi kalau didedahkan lagi bagus sebab Rina pun dilihat bujang sebelum ini. Kalau beliau dah kahwin, tak pelah kan,” katanya.

Terdahulu, Takiyuddin dan Rina terus mengambil pendekatan kunci mulut mengenai gosip perkahwinan mereka. 

Malah semalam Takiyuddin tidak mengiyakan mahupun menidakkan gosip tersebut ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Pendakian 121 Puncak sempena sambutan ulang tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di sini.

“Isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik,” katanya ringkas, seolah berteka-teki.

Rina Harun - Gambar fail
Rina Harun - Gambar fail

Sementara itu Rina ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Jalinan Mesra Deepavali Prihatin Rakyat di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Dengkil semalam turut mengelak menjawab pertanyaan tentang khabar angin itu.

Rina yang juga penyandang Parlimen Titiwangsa berkata, beliau hanya mahu memberi tumpuan kepada masa depan negara dan isu kebajikan rakyat.

“Kita perlu fokus kepada kemakmuran negara ketika ini. Kita perlu memberi perhatian kepada mereka memandangkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  di bawah kementerian ini.

"Saya sedar permohonan bantuan semakin meningkat setiap bulan, bermakna lebih banyak bantuan diperuntukkan oleh kerajaan, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan," katanya.

Spekulasi Rina adalah isteri keempat kepada Takiyuddin pertama kali tersebar tahun lepas dan kembali hangat diperkatakan April lalu tetapi ia terus kekal misteri sehingga hari ini. – Getaran, 18 Oktober 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad