web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Kes Mohd Fadli Diumum Esok, Guru Terima Sendiri Daripada Ketua Jabatan – Mohd Radzi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 7:41PM

Dr Mohd Radzi Jidin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Keputusan kes tatatertib membabitkan guru, Mohd Fadli Salleh akan diumumkan esok, kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.

Menurut beliau, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan akan menyampaikan keputusan tersebut kepada Mohd Fadli sendiri esok.

Katanya, ia akan diserahkan oleh Ketua Jabatan guru berkenaan.

“Persidangan berhubung isu tersebut baru sahaja tamat dan keputusan akan disampaikan esok (kepada Mohd Fadli),” katanya kepada media selepas program sukan Touch di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat lembaga berkenaan, susulan surat tindakan tatatertib yang diterima Mohd Fadli, atas tindakannya mendedahkan kepincangan sistem pendidikan negara.

Mohd Fadli, guru sekolah rendah di Gombak, Selangor dua hari lalu berkongsi surat tindakan diterimanya di Facebook, susulan kelantangan beliau membantah silibus subjek Matematik bagi murid sekolah rendah, yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak berpadanan dengan keupayaan pelajar.

Beliau juga sebelum ini kerap menyuarakan kebimbangan mengenai berat beg sekolah yang terpaksa ditanggung murid, akibat kepadatan jadual pembelajaran.

Akibatnya jelas Mohd Fadli, beliau berdepan kemungkinan dipecat atau diturunkan pangkat kerana terlalu lantang bersuara.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai dan menerima sokongan pelbagai pihak, termasuk bekas guru yang mendakwa turut berdepan kebejatan serta kepincangan sistem pendidikan negara.

Mohd Fadli dalam satu hantaran berasingan juga memberitahu, telah menggunakan khidmat peguam terkemuka, Nor Zabetha Muhamad Nor untuk mewakilinya dalam kes itu.

Susulan insiden, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali menerusi sebuah video semalam dilaporkan berkata, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan akan bersidang hari ini selepas menerima representasi guru berkenaan tiga hari lalu.

Jelas beliau, surat diterima Mohd Fadli bukan bererti guru terbabit telah dijatuhkan hukuman.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Radzi ketika ditanya mengenai insiden menimpa guru terbabit berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil tindakan bersesuaian sebagai respon terhadap isu yang dibangkitkan.

“Contohnya KPM pada 6 Mac lalu telah memperkenal inisiatif bagi menangani masalah beg sekolah berat, antaranya menyusun semula jadual waktu dan memasang lokar.

“Silibus yang digunapakai ketika ini diperkenal pada 2017,” katanya.

KPM katanya lagi sentiasa bersikap terbuka dan mengambil berat pandangan semua pihak berhubung silibus pelajaran, termasuk membuat semakan.

Pada sidang sama, beliau turut mengingatkan ahli politik agar tidak menangguk di air keruh dan menjadikan insiden terbabit sebagai modal berkempen. – Getaran, 17 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

4

Politik 3 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar