web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teo Seng Gantung Pengeluaran Telur Layer Farm 1 Susulan Salmonella Enteritidis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 2:00PM

Teo Seng memberi jaminan tiada telur dari ladang itu yang dijual untuk pasaran domestik serta eksport, susulan penarikan balik telur Teo Seng Layer Farm 1 (Malaysia)’ disebabkan kehadiran Salmonella Enteritidis. - Gambar dari Facebook SFA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Toe Seng Capital Bhd menggantung pengeluaran telur dari Layer Farm 1, susulan kenyataan yang dikeluarkan Agensi Makanan Singapura (SFA) mengenai ‘penarikan balik telur Teo Seng Layer Farm 1 (Malaysia)’ disebabkan kehadiran Salmonella Enteritidis.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Sabtu, Teo Seng berkata ia juga memberi jaminan bahawa tiada telur dari ladang itu yang dijual untuk pasaran domestik serta eksport dan selanjutnya akan menjalankan siasatan terhadap kejadian itu sebagai langkah berjaga-jaga.

“Keselamatan produk sentiasa menjadi keutamaan Teo Seng, semua lokasi ladang pengeluaran kami berjauhan sebagai langkah untuk mengurangkan pencemaran antara ladang. Teo Seng juga mengamalkan ujian makmal secara berkala ke atas pensampelan telur dari setiap ladang bagi memastikan keselamatan produk.

“Sehingga kini semua produk ladang lain telah diuji negatif Salmonella Enteritidis dan ini akan memastikan bekalan telur dari ladang lain selamat untuk dimakan dan tidak terjejas,” menurut kenyataan itu.

Teo Seng berkata pihaknya juga akan berkomunikasi dan bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk menyiasat dan memantau ladang yang didakwa mengesan kehadiran Salmonella Enteritidis itu.

Kumpulan itu memberi jaminan, kerjasama penuh akan diberikan kepada penyiasatan untuk mengenal pasti punca utama dan berusaha melakukan tindakan pemulihan yang sesuai untuk memastikan produk selamat dan menyambung semula penjualan telur dari ladang yang didakwa.

“Ladang yang didakwa itu menyumbang kira-kira 3.5 peratus daripada jumlah pengeluaran kami. Sementara siasatan masih dijalankan, lembaga itu tidak dapat memastikan jumlah hasil yang terjejas pada masa ini,” menurut kenyataan itu lagi. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 18 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad