Berita Terkini

6 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cikgu Fadli Tak Patut Dikenakan Tindakan, Memang Ada Golongan Toksik Dalam Sistem Pendidikan 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 8:15PM

Mohd Fadli Salleh - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan tatatertib yang bakal dikenakan kepada seorang guru, Mohd Fadli Salleh tidak seharusnya berlaku kerana beliau hanya menyuarakan kebimbangan dan pendapat.

Bekas guru yang juga pempengaruh media sosial, Cikgu Loh berkata, beliau hairan apabila melihat guru yang hanya menyuarakan kebimbangan berasas bakal dipecat Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut beliau, isu melibatkan Mohd Fadli perlu diberi perhatian serius oleh kementerian, dan ia termasuk menghapuskan sesiapa sahaja yang bertindak bagaikan Little Napoleon di luar sana.

“Ini bukan isu kecil, isu beg berat kepada anak-anak, silibus yang terlalu tinggi dan mengarut serta tidak mengikut kemampuan murid. Tahun 1 buku anak saya tengok silibus, punyalah payah, mengucap panjang saya. Bagaimana anak nak minat belajar, kalau silibus terlalu tinggi begini?

“Bilangan murid yang ramai dalam kelas, campur pula kelas panas dan tak kondusif serta tak selesa untuk pembelajaran. Subjek yang terlalu banyak belajar. Nak melahirkan robot? Baik fokuskan kepada penekanan adab dan akhlak,” tegasnya.

Cikgu Loh mendedahkan, golongan toksik dan perosak sememangnya wujud dalam sistem pendidikan negara.

“Orang macam ini saya sudah hadapi zaman saya cikgu dahulu. Saya bekas cikgu juga turut terkesan akan isu ini. Kita tidak mahu melahirkan generasi yang stress dan terbeban. 

“Sekolah perlu disediakan persekitaran yang kondusif, pembelajaran yang menyeronokkan & penekanan akhlak/adab serta guru-guru gembira dalam mendidik anak bangsa. Ini yang perlu kita sediakan untuk anak-anak bangsa kita. Jika 3 faktor ini tak dicapai, bagaimana nak melahirkan sistem pendidikan yang bagus,” soalnya.

Mengakui silibus pendidikan semakin susah, beliau turut mempersoalkan rasional di sebalik penggunaan silibus seumpama itu.

Malah, pengalamannya meninjau negara Skandinavia dan Nordik mendapati, kesemua negara maju ktu lebih menekankankan aspek kemahiran, akhlak dan situasi semasa dalam kehidupan.

“Mengapa dirangka silibus susah untuk anak-anak sekolah? Dengan kerjaya baharu saya sekarang sebagai Tour Leader, saya banyak merantau ke negara-negara Scandinavia dan Nordik. 

“Di Scandinavia dan Nordik, sistem pendidikan di sana apa yang saya dapat lihat menekankan kemahiran akhlak dan real life situation yang lebih bersasar berbanding mengajar silibus berat yang ntah apa-apa,” jelasnya.

Tegas Cikgu Loh, isu Little Napoleon dalam sistem pendidikan tidak seharusnya berlaku tetapi malangnya, ia masih bermaharajalela hingga hari ini.

“Little Napolean ini tak sepatutnya apabila guru menyuarakan keresahan dan kebimbangan dalam sistem pendidikan kita, dipancung kepala begitu sahaja. 

“Bincang dan berjumpalah dan cari jalan penyelesaian untuk penambahbaikan sistem pendidikan kita. Bukannya nak buang orang itu dan ini,” katanya, kesal.

Beliau menarik perhatian, kewujudan sistem seperti itu hanya akan memusnahkan dunia pendidikan negara serta menghilangkan permata perguruan yang hebat seperti Mohd Fadli dan ramai guru lain.

“Di negara maju seperti Scandinavia, idea dan pendapat serta kritikan dalam dunia pendidikan akan diambil cakna dan diberi perhatian di sistem P

pendidikan di sana. Ini pengalaman yang saya dapat lihat di sana.

“Rosaklah sistem pendidikan kita jika selalu yang pandai bodek dan jadi Yes Man yang diangkat menjadi perancang dan pengurus di sistem kita. Those who are brave to speak up will get reprimanded. How very sick system we live in,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Fadli menerusi hantaran terbaru mengakui, sememangnya ada yang ‘tidak kena’ dengan sistem pendidikan Malaysia, tetapi enggan diakui golongan atasan di peringkat kementerian.

Akibatnya jelas beliau, sistem pendidikan negara kehilangan barisan guru hebat yang amat berdedikasi.

“Antaranya guru Adiwira Samuel Issiah. Sangat sedih bila Sam melangkah keluar dari KPM, salah seorang sahabat guru yang sangat aku kasihi dan kagumi. Dan beberapa rakan guru Adiwira lain turut menyuarakan hasrat yang sama. 

“Negara kita sedang mengalami kerugian yang besar! Ramai guru-guru hebat, guru-guru adiwira, guru-guru contoh, guru-guru berdedikasi pakat tawar hati dengan sistem pendidikan kita yang langsung tak nak dengar luahan pelaksana,” katanya, sedih.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu berkenaan kerana tidak mahu mereka berdepan risiko dikenakan tindakan.

“Bukan seorang. Bukan dua orang. Ramai. Mereka ini bukan guru biasa. Mereka guru inspirasi yang menang banyak anugerah, yang banyak tabur bakti, menghabiskan masa dan wang ringgit tanpa berkira. Kerana mereka kasihkan pendidikan lebih dari segala-galanya.

“Sesungguhnya ada yang tidak kena dengan KPM dan mereka tak nak akui,” katanya.

Mengakui amat mengasihi pendidikan negara, Mohd Fadli turut meluahkan harapan agar gelombang kebangkitan rakyat yang membantah tindakan disiplin ke atas dirinya menjadi titik tolak kepada perubahan KPM.

“Jujur kata, saya kasih akan pendidikan negara. Namun ada tangan-tangan berkuasa tidak senang melihat adanya guru yang jujur dalam bicara. Begitulah,” katanya. - Getaran, 16 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

3

Semasa 1 bulan yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

Sorotan

1

90 Kes Jenayah Seksual Direkod Di Kelantan Dalam Tempoh 4 Bulan

2

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

3

Muat Naik Video Dikatakan Aibkan YDPA, Papagomo Ditahan Polis

4

Pengurus Dan Pegawai Keselamatan Kebakaran Di Premis, JBPM Dalam Proses Pinda Akta

5

Isu Kasino Forest City: Chegu Bard Tak Mengaku Salah Terbit Kenyataan Menghasut

6

Skuad Piala Uber Malaysia Pulang Awal

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

MB Perlis Beri Keterangan Hampir 9 Jam Di SPRM

Semasa 10 jam yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara

Semasa 14 jam yang lalu

Anwar Bertemu PM Qatar, Zahirkan Kesediaan Malaysia Beri Rawatan Kepada Rakyat Palestin

Semasa 1 jam yang lalu

Kerja Alih, Pindah Kubur Di Selat Klang Ditangguh Seminggu – Amirudin