web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar Malaysia Di Taipei Maut Dicekik ‘Rakan’ Instagram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 9:10PM

Gambar hiasan fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang warganegara Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Taiwan, didakwa dicekik sehingga maut oleh seorang lelaki dikenalinya di platform media sosial beberapa hari sebelum kematiannya.

Pelajar berusia 24 tahun hanya dikenali Tsai itu, ditemui maut di pangsapurinya pada 13 Oktober, selepas lelaki terbabit yang didakwa sebagai Chen memasuki kediaman mangsa di Jalan Dadong, Shilin Taipei pada hari sebelumnya. 

Liberty Times melaporkan bahawa hasil penemuan awal pihak polis mendapati, kedua-dua mereka mula berhubung antara satu sama lain menerusi Instagram, lima atau enam hari sebelum pembunuhan didakwa berlaku.

Siasatan turut menyatakan bahawa Tsai, yang juga seorang model dengan lebih 1,000 pengikut di Instagram adalah pelajar pertukaran tahun akhir di Universiti Ming Chuan, namun menangguhkan pengajiannya baru-baru ini.

Sebelum mayat Tsai ditemui pihak berkuasa, Chen menghubungi ibu bapanya pada hari sama untuk mengatakan bahawa dia membunuh diri, berikutan ibu bapanya sudah memaklumkan kepada polis yang terus ke kediaman anak mereka di daerah Yingge, New Taipei. 

Berdasarkan laporan Taiwan News, lawatan itu tidak ‘membuahkan hasil’ kerana Chen tidak bertindak balas kepada pegawai yang dihantar dan kemudian beredar selepas ketukan tidak dijawab, menyebabkan ibu bapanya meminta bantuan polis tambahan. 

Pihak berkuasa kemudiannya menghubungi ambulan apabila Cheng ditemui dalam keadaan separuh tidak sedar diri di rumahnya, selepas mengambil ubat secara berlebihan.

Ketika dalam perjalanan ke hospital, dia dilaporkan mengaku mencekik seorang wanita, menyebabkan polis memeriksa Tsai sebelum mayatnya ditemui dengan kesan tercekik. 

Pada Khamis lalu, Sin Chew Daily melaporkan bahawa Tsai berasal dari Serdang, Selangor. 

Akhbar tempatan itu memetik Persatuan Alumni Universiti Ming Chuan sebagai berkata, Tsai melanjutkan pembelajaran di Jabatan Komunikasi Sekolah Latihan Vokasional Belia Luar Negara ke-37 selama dua tahun. 

Dia kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Jabatan Pengiklanan dan Pemasaran Strategik Ming Chuan. 

Sin Chew pada hari ini menegaskan, keluarga Tsai sudah berlepas ke Taiwan untuk menguruskan pengebumiannya. 

Memetik Pengarah Media dan Akhbar Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei, Benjamin Hong Zheng-bin, keluarga mangsa meminta untuk tidak diganggu dan diberikan privasi dalam waktu menyedihkan ini. 

Polis Taipei ketika sidang media berkata, siasatan terhadap kes itu masih diteruskan. – The Vibes, 15 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad