web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jho Low Menaiki Lif Setiap Hari Ke Pusat Kewangan Dunia Shanghai?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 11:44AM

Jho Low - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, Low Taek Jho berkemungkinan menjalankan urusan kewangan yang besar secara terbuka di China berikutan pendedahan dibuat wartawan penyiasatan, Tom Wright dan Bradley Hope.

Menyifatkannya sebagai ‘pendedahan terbesar’ sejak memulakan pencarian berhubung lokasi sebenar Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low berada, mereka mendakwa sebuah syarikat British Virgin Islands, Grace Zenith Limited, mempunyai sumbangan modal melanggan AS$333 juta (RM1.46 bilion) kepada sebuah syarikat pernah dimiliki lelaki itu.

Menurut dokumen dikongsi mereka berdua dalam episod enam siri Where is Jho Low? Di saluran YouTube Project Brazen, Jho Low dan rakan kongsi perniagaannya yang dikenali Seet Li Lin dilaporkan mengeluarkan nama mereka sebagai pemilik Guiyue Business Consluting.

Pejabat syarikat China yang kini dimiliki sepenuhnya Grace Zenith, terletak di tingkat 28 Pusat Kewangan Dunia Shanghai, iaitu satu daripada bangunan paling ikonik di China.

“Dokumen itu menunjukkan syarikat itu (Grace Zenith) masih beroperasi dan berpotensi memiliki syarikat lain.

“Apa yang syarikat ini buat? Adakah Jho Low muncul dan menaiki lif untuk bekerja setiap hari di pejabatnya di menara terkenal ini? soal Hope.

Beliau berkata, modal saham dilanggan secara besar-besaran itu ‘jarang dilihat’, sekali gus menunjukkan bahawa syarikat berkenaan mungkin satu daripada lokasi utama Jho Low menyembunyikan wang hasil daripada skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didepaninya.

Lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Pulau Pinang itu, dikehendaki sejak tahun 2018 kerana didakwa terlibat dalam rasuah antarabangsa dan konspirasi pengubahan wang haram.

Sementara itu, Wright mengulangi bahawa pegawai Malaysia dilihat menutup mata terhadap urus niaga Jho Low di China kerana mempunyai banyak pengaruh ke atas tokoh penting di negara ini.

“Bukti ini (mengenai pernigaan Low di China) akan memberi anda satu keinginan sekiranya anda adalah kerajaan Malaysia dan tidak dipenuhi dengan kroni Jho Low, walaupun dilihat sebegitu.

“Ramai dalam kalangan pegawai kerajaan Malaysia mempunyai hubungan dengan Jho Low dan tidak mahu benar-benar mendesak isu itu (menghantar pulang Jho Low ke Malaysia) dengan China,” dakwanya.

Dalam episod sebelum ini, pengarang buku Billion Dollar Whale mengenai skandal 1MDB itu mendakwa, tiada sesiapa di Malaysia yang gigih berusaha untuk penangkapan dan membawa pulang Jho Low dari China, meskipun pihak berkuasa Malaysia memberi jaminan bahawa mereka tetap komited dengan tugas itu.

Memetik sumber di China yang biasa dengan pihak atasan kerajaan negara berkenaan dan mempunyai hubungan dengan parti Komunis China, kedua-duanya menegaskan bahawa ‘terlalu ramai orang berkuasa di Malaysia mempunyai hubungan dengan Jho Low’.

“Akibatnya, tiada sesiapa di Malaysia yang benar-benar mahukan Jho Low kembali kerana ia mungkin boleh ‘mendedahkan segalanya’, malah semua yang dia lakukan dan tahu dianggap boleh menjejaskan Malaysia."

Minggu lalu, penyandang Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin didesak ahli parlimen pembangkang di Parlimen berhubung sama ada pihak berkuasa tempatan sudah menghubungi Wright dan Hope, berikutan dakwaan kedua-duanya bahawa Jho Low serta keluarganya dikesan di Shanghai Disneyland di China pada tahun 2019.

Hamzah mengatakan bahawa polis tidak berhenti mencari dan tetap berdedikasi dalam usaha menjejaki Jho Low serta mengekstradisinya ke Malaysia untuk menghadapi pertuduhan jenayah. – The Vibes, 14 Oktober 2022

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad