web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelahiran Hidup Malaysia 2021 Rekod Penurunan Tertinggi Dalam Satu Dekad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Oct 2022 3:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kelahiran hidup pada 2021 merekodkan penurunan tertinggi dalam satu dekad dengan 439,744 kelahiran berbanding 471,504 kelahiran pada 2020, menurut laporan Perangkaan Penting Malaysia 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Kadar Kelahiran Kasar (CBR) turut merekodkan penurunan daripada 14.5 kelahiran pada 2020 kepada 13.5 kelahiran pada 2021 bagi setiap 1,000 penduduk.

“Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita umur reproduktif di Malaysia iaitu 15 hingga 49 tahun mencatatkan penurunan dengan 1.7 bayi pada 2021 berbanding 1.8 bayi pada 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi tempoh 2011 hingga 2021, TFR bagi semua kumpulan etnik utama di Malaysia kecuali Melayu menunjukkan trend menurun.

Katanya TFR tertinggi dicatatkan oleh Melayu iaitu 2.2 bayi pada 2021 manakala Cina mencatatkan TFR terendah iaitu 0.8 bayi bagi setiap wanita berusia 15 hingga 49 tahun.

Menurut Mohd Uzair, kematian yang direkodkan pada 2021 meningkat 34.5 peratus iaitu 57,599 kematian berbanding 166,970 kematian pada 2020 akibat pandemik COVID-19 dengan Kadar Kematian Kasar (CDR) turut merekodkan peningkatan daripada 5.1 kematian pada 2020 kepada 6.9 kematian pada 2021 bagi setiap 1,000 penduduk.

“Semua kumpulan umur merekodkan peningkatan bilangan kematian kecuali umur 0 hingga 14 tahun iaitu menurun daripada 4,288 kematian kepada 4,115 kematian pada 2021,” katanya.

Sementara itu, kematian umur 41 hingga 59 tahun merekodkan peningkatan tertinggi iaitu 44 peratus daripada 36,318 kematian pada 2020 kepada 52,282 kematian pada 2021.

Mohd Uzir berkata kematian 15 hingga 40 tahun dan 60 tahun dan lebih, masing-masing turut merekodkan peningkatan iaitu daripada 13,070 kematian kepada 17,953 kematian dan 113,294 kematian kepada 150,219 kematian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad