web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aliff Syukri Mengaku Tidak Bersalah Muat Naik Kandungan Video Sumbang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2022 1:40PM

Aliff Syukri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan memuatnaik kandungan video sumbang melalui akaun instagram miliknya pada April lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya pada April lepas.

Aliff Syukri, 35, didakwa membuat penghantaran komunikasi itu menggunakan aplikasi akaun Instagram aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April.

Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Fazril Sani Mohamed Fadzil, manakala Aliff Syukri diwakili peguam Hasshahari Johari Alwi dan Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Fazril Sani memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun Hasshahari memohon agar mahkamah mempertimbangkan jumlah itu kerana tertuduh bekerja sendiri untuk menyara isteri serta lima orang anak yang masih bersekolah.

Hasshahari berkata tertuduh juga bertanggungjawab ke atas ramai pekerja yang berkhidmat di syarikatnya.

“Saya percaya mahkamah berpegang kepada tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya.

Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil membenarkan Aliff Syukri diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 November ini sebagai tarikh sebutan semula.

Aliff Syukri membayar jaminan tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 19 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad